in

“Saya sanggup bagi buah pinggang” -Tahu Bekas Isteri Ada Penyakit, Suami Sanggup Rujuk Semula Sebab Nak Jaga

Ft Rujuk Dengan Bekas Isteri Ada Penyakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang perpisahan bukanlah jalan terakhir bagi sesuatu hubungan, mungkin ada sebab-sebab tertentu, bagaimanapun tak bermakna mereka tak boleh diberi peluang kedua, misalnya dalam perkahwinan, itu sebablah wujudnya peluang untuk mereka rujuk semula.



Sepertimana yang berlaku dekat pasangan dari Henan, China ini dimana si bekas suami  Chen Zhenfeng, 39 kotakan janjinya sewaktu mereka membuat ikatan janji semasa hari perkahwinan mereka biarpun sudah bercerai.

 

Lamar bekas isteri dalam hospital

Dia dapat tahu yang bekas isterinya berumur 35 tahun itu menghidap uremia (penyakit buah pinggang rosak sampai tak boleh menapis keluar toksin daripada urin). Mendengar khabar berita duka bekas teman di sisinya, Chen membuat keputusan untuk rujuk semula dengan bekas isteri itu untuk menjaganya.

Menurut 8world menerusi WORLD OF BUZZ, dia dan isteri Xie Hongxia, berumur 26 tahun pada ketika itu mula menjalinkan hubungan cinta ketika baru kenal, dalam masa dua bulan sahaja, mereka membuat ikatan sah sebagai suami isteri.

Rujuk Dengan Bekas Isteri Ada Penyakit

Bagaimanapun, hubungan mereka diuji apabila Xie mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Hubungan mereka jadi makin renggang akibat tekanan dan ia jadi menyebab penceraian pada tahun 2019.

Sepanjang tempoh 2 tahun mereka dah buat haluan sendiri, Chen banyak mengimbau hari perkahwinan mereka. Malah, Chen juga ada hubungi bekas isterinya untuk tanya khabar.

Hati Chen tersentak apabila mengetahui bahawa bekas isterinya itu hidap uremia yang mendorong dia untuk bersua dengan melawatnya di hospital.

Disitu juga Chen dapat tahu yang bekas isterinya itu tak kahwin baru dan melihat paras rupa bekas isterinya yang semakin suram, pada waktu itu juga Chen terus melamar isterinya semula.

Rujuk Dengan Bekas Isteri Ada Penyakit 2

Bekas isterinya, Xie pada mulanya menolak lamaran itu kerana tidak mahu menambah beban Chen mengenai kos perubatan. Bagaimanapun, ikatan cinta yang kukuh pada diri Chen membuatkan dia tekad mahu jaga Xie dan berada di sisi Xie sepanjang hayatnya.

Penyakit Xie semakin melarat, pandangannya juga makin kabur sehingga dalam satu temubual, dia tak boleh nak kenalpasti jantina wartawan yang temuramahnya.

“Walaupun awak dah tak boleh nampak, saya boleh jadi mata awak. Jangan nangis, saya sanggup bagi salah satu buah pinggang saya, tak kisah walaupun saya boleh hidup hanya dalam beberapa tahun, sekurang-kurangnya awak boleh hidup lagi lama.”

Mendengar ketekunan dan keikhlasan Chen, Xie terima lamaran dan mereka sudah merujuk perkahwinan mereka semula.

“Saya perlu bertanggungjawab dan saya akan temankan isteri saya sehingga ke akhir hayat saya.”

Kalau dah jodoh, siapa pun dia, mesti kita jaga. Tak kisahlah apa dugaan dan cabaran yang dilalui.

 

Baca : Cerai Balik Lepas 2 Bulan Rujuk, Suami Zarina Anjoulie ‘Lepas Geram’ Siap Nak Bakar Beg Gucci?

Fi Anju

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.