Selalunya kita hanya nampak pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak, jarang pulak kita berbicara tentang pengorbanan seorang ayah dan apa yang mereka lakukan untuk anak.
Namun apa yang dilakukan seorang lelaki dari Jakarta, Indonesia ini akan buat korang berasa terharu dengan pengorbanannya.
“Semangat luar biasa, bawa anak saat bekerja”
Menerusi perkongsian satu video viral di Facebook, tindakan pemandu Gojek ini meruntun hati ramai netizen lepas dia dilihat menggendong anaknya yang nyenyak tidur ketika dia sedang bekerja.
https://www.facebook.com/pontiviral/videos/823728021377092/?v=823728021377092
Lebih menyedihkan bila admin dapat tahu yang isteri pemandu Gojek ini rupanya sudah meninggal dunia dan sumber pendapatan hanya bergantung sepenuhnya kepada lelaki ini.
Perakam video yang bertemu dengan lelaki ini juga sempat memuji kegigihan pemandu Gojek tersebut yang sanggup bersusah payah menggendong anaknya sambil melakukan kerja. Dia juga dilihat menitipkan sedikit wang kepada lelaki itu.
“Video semangat pembonceng Gojek luar biasa di Jakarta, bawa anak ketika bekerja kerana si ibu telah meninggal dunia… Semoga selalu diberikan rezeki berlimpah ya pak,” tulis kapsyen video.
“Salute perjuangan mas… Jalan satu-satunya harus cari bini lagi buat ganti ibu kandung biar ada yang menjaga di rumah”
Rata-rata netizen yang simpati dengan nasib pemandu Gojek ini berdoa semoga urusan hidupnya dipermudahkan dan memberi cadangan supaya lelaki ini mencari isteri baru yang boleh menjaga anaknya di rumah.
Semoga urusan abang ini dipermudahkan. Amin…
Baca: “Jangan tinggalkan ibu” – Sedih, Video Ibu Cuba ‘Bangunkan’ Anak Mati Kena Kejutan Elektrik