in

“Saya risau” – Viral Gambar Ibu bawak Anak Buat GrabFood, Suami Jelaskan Keadaan Sebenar Bimbang Rekod Terjejas

Grabfood2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan penularan video seorang ibu membuat GrabFood semasa anak disisi sejak beberapa hari lepas, suami kepada wanita tersebut Mohamad Hafifi Mohamad Yusoff meluahkan rasa bimbang rekod dan reputasinya dalam membuat kerja tersebut terjejas.


Ini apa yang digambarkan sebenarnya tidak benar, menurut Hafifi isterinya langsung tidak membuat perkejaan tersebut, ketika dia dihubungi oleh Free Malaysia Today, Hafifi menjelaskan situasi sebenar.

 

Nak hantar pesanan makanan terakhir

Ketika itu dia ingin membuat penghantaran makanan terakhir kepada pelanggan di Kampung Kerinchi, Bangsar.

Namun semasa ingin mengambil makanan yang ditempah, dia ada bawa anak dan isterinya yang turut menginginkan makanan di restoran makanan segera yang sama.

Hafifi menjelaskan yang dia terkejut dengan gambar yang disebarkan sejak tiga hari lalu dengan menyatakan ia adalah pengorbanan isteri yang menyara keluarga dengan terpaksa membawa anak kecil keluar pada waktu malam.

 

Saya pun risau kalau gambar ini terus tersebar ia akan menjejaskan keadaan saya yang mungkin tidak lagi boleh membuat perkhidmatan Grabfood ini,” 

Menurut sumber, Yusoff yang bekerja sendiri kini membuat perkhidmatan GrabFood sejak enam bulan lalu bagi mencari pendapatan sampingan untuk menyara isteri dan dua orang anaknya.

Penularan gambar tersebut mendapat perhatian netizen di laman sosial Facebook dengan lebih 5,000 “likes”, 2,700 perkongsian.  Rata-rata menyatakan rasa sebak serta menyifatkan ia pengorbanan seorang ibu bagi menyara anak yang didukungnya.

 

Baca : “Para suami, hargailah isteri anda”- GrabFood Rider Wanita Hantar Pesanan Sambil Kendong Anak Kecil Buat Netizen Tersentuh

Grabfood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.