“Para suami, hargailah isteri anda”- GrabFood Rider Wanita Hantar Pesanan Sambil Kendong Anak Kecil Buat Netizen Tersentuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni bukan kaum suami je yang bekerja untuk menyara keluarga, para isteri juga tidak ketinggalan membanting tulang membantu suami supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Apa orang kata ‘susah senang sama-sama’.

Tapi posting yang dimuatnaik satu page di facebook ni benar-benar buat ramai netizen tersentuh sehingga memperoleh lebih 7 ribu shares dan lebih 17 ribu likes kurang 24 jam ia dimuatnaik.

 

Ibu ibu yg rasa struggle dalam mencari rezeki

Ibu ibu yg rasa struggle dalam mencari rezeki. Tengok pic ni muhasabah diri, bersyukur 😢. Grab food perempuan mencari rezeki dgn menggendong anak nya. Semoga dipermudahkan urusannya 🤗

Posted by Pakej Percutian on Wednesday, September 25, 2019

 

Ibu ibu yg rasa struggle dalam mencari rezeki. Tengok pic ni muhasabah diri, bersyukur 😢. Grab food perempuan mencari rezeki dgn menggendong anak nya. Semoga dipermudahkan urusannya 🤗

Memang tak dinafikan zaman sekarang ni semuanya perlukan duit untuk uruskan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga pastinya perbelanjaan tu lebih tinggi daripada yang hidup bujang.

Namun apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah disebabkan kesungguhan wanita ini mencari rezeki, meskipun masih mempunyai anak kecil dan niat ikhlas untuk membantu suami menyara keluarga.

 

“Personally, I truly admire her grit and toughness in surviving…”

Sumber: facebook

Semoga ibu ini terus tabah dan kuat dalam mencari rezeki untuk keluarganya.

Baca : Suami uzur kanser usus, anak pula OKU Kisah Sedih Kegigihan Pemandu Grab Wanita Warga Emas Ini Buat Netizen Terkedu

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.