in

“Biar jadi pengajaran, hormatlah kontrak” – A. Aida Menang Saman Terhadap Amelia Henderson

Ft Amelia A.aida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes pelanggaran kontrak yang dibuat oleh pelakon, Amelia Henderson terhadap syarikat produksi milik A. Aida iaitu A. Aida Production Sdn. Bhd, mahkamah telah memutuskan kemenangan berpihak kepada pihak plaintif.


Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, telah memutuskan agar Amelia memohon maaf dan memadam semua video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap A. Aida serta mengarahkan Amelia membayar sebanyak RM213,000 kos ganti rugi.

“Pengajaran buat pelakon lain” – A. Aida

Whatsapp Image 2023 04 07 At 11.17.41 Am

Pada masa yang sama, Datuk A. Aida berharap apa yang berlaku kepada Amelia ini dijadikan pengajaran kepada pelakon lain agar menghormati kontrak sebelum bertindak sesuka hati.

“Alhamdulillah, menang. Saya saman biar jadi pengajaran buat artis lain. Lain kali, hormatlah kontrak okey.”

“Bila dah tandatangan kontrak, patuhilah. Jangan duk simpan dalam almari je,” katanya.

Menurut A. Aida, sepanjang kerjayanya bergelar produser ini kali pertama dia berdepan pengalaman sebegini yang sedikit sebanyak memberi pengajaran juga buat dirinya.

Tambahnya lagi, dia seolah-olah tidak percaya apabila pelakon tersebut menarik diri satu malam sebelum penggambaran dijalankan, meskipun ‘on set crew’ sudah siap segala persediaan untuk 28 episod penggambaran tersebut.

Difahamkan, A. Aida turut mengharapkan Amelia untuk membayar ganti rugi berkenaan secara ‘lump sum’ ataupun secara penuh tanpa ansuran.

A. Aida ‘blacklist’ Amelia Henderson?

Whatsapp Image 2022 11 01 At 3.49.43 Pm 1

Dalam perkongsian asing, A. Aida turut menyatakan bahawa dia akan meletakkan Amelia dalam senarai blacklist artis yang tidak akan diambil berlakon bersama syarikatnya.

“Saya akan blacklist dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.”

“Ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. No more!” ujar A. Aida.

A. Aida menjelaskan, dia lebih rela bekerjasama dengan bakat-bakat baru lain yang tidak menyusahkan atau menyulitkan keadaan.

Terdahulu, A. Aida telah mengemukakan saman terhadap Amelia dan Idris Khan kerana menarik diri pada saat akhir daripada drama berkenaan, namun, Idris memilih untuk menyelesaikan perkara tersebut diluar mahkamah.

Sumber: mStar,  Kosmo! (1) (2) (3)

Baca : Dikritik Kerana Pentingkan Rupa Dari Bakat, A Aida Tampil Buat Penjelasan

A. Aida Rupa Berbanding Bakat 608X320 1

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.