in

“Saya pun tunggu dia” – Syamsul Yusof Tak Kisah Nak Bersemuka Dengan Aaron Aziz

Syamsul Jumpa Aaron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon ternama Aaron Aziz memuat naik sebuah video di Instagram miliknya dan memberitahu apa sebab sebenar dia digugurkan dari produksi filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Dalam videonya itu, Aaron ada menyatakan Syamsul sangat sukar untuk dihubungi dan terus mendiamkan diri.


Pun begitu, hari ini pengarah sensasi tersebut memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa dengan Aaron Aziz bagi menyelesaikan isu pengguguran pelakon itu dalam filem yang sedang dalam pembikinan itu.

https://www.instagram.com/p/Cneag22oS6C/

Dalam laporan Utusan Malaya, Syamsul memberitahu dia bersikap terbuka sekiranya atas urusan mahu berbaik-baik semula ataupun mengenai projek filem akan datang.

“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya.

Sebelum ini, Aaron dalam Instagram miliknya meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.

Baca: “Yang tahu je tahu” – Sharnaaz Ahmad Tetap Sokong & Respek Syamsul Yusof Sebagai Pengarah

Sharnaaz Ahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.