in

“Saya perlukan duit” – Suami Azar Azmi Minta Kurangkan Jaminan, Dakwa Baru Keluar Hospital

Suami Azar Azmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada pelakon Azar Azmi merayu pihak mahkamah agar mengurangkan wang jaminan RM25,000 yang dikenakan terhadapnya atas alasan memerlukan kos untuk menjalani rawatan hospital serta tanggungan keluarga.

Permohonan itu dibuat Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, di Mahkamah Sesyen ketika prosiding sebutan semula kesnya, lapor Sinar Harian.


Dalam prosding itu, tertuduh dilihat hadir dalam keadaan tidak sihat, malah berjalan terhincut-hincut dengan mendakwa bahawa dia baharu keluar dari hospital.

“Saya sebenarnya baharu keluar dari hospital. Kalau boleh saya nak minta jaminan dikurangkan kerana saya perlu menggunakan duit untuk buat ekokardiogram dan angiogram,” katanya.

Katanya, kos rawatan tersebut dianggarkan antara RM9,000 hingga RM10,000. Dalam masa sama, dia perlu menanggung anak-anak kerana tiada pihak lain yang membantu.

Tertuduh yang turut mengakui baharu menjalani pembedahan penyakit gout juga memohon untuk melantik peguam.

3459776

Artikel berkaitan: “Saya sangka orang dah benci” – ‘Live’ Jualan Dengan Aliff Syukri, Azar Azmi Sebak Terima RM40k Sumbangan Orang Ramai

Artikel berkaitan: “Saya ada 9 anak perlu tanggung” – Suami Azar Azmi Mengaku Tak Bersalah, Mohon Jaminan Dikurangkan

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah mengekalkan jumlah jaminan tersebut kerana kes dilakukan merupakan jenayah komersial yang serius dan mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan individu.

Malah, pihak pendakwa turut memaklumkan tiada bukti kukuh dikemukakan berkaitan masalah kesihatan tertuduh.

Difahamkan, mahkamah telah membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM21,000 dengan syarat-syarat tambahan.

Untuk rekod, tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu melibatkan kerugian lebih RM200,000 termasuk urusan tanah tidak wujud dan gelaran Datuk palsu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.