TIdak dinafikan dalam dunia perkahwinan, pasti ada nikmatnya, namun begitu perlu ada persefahaman antara satu sama lain dan saling membantu antara satu sama lain.
Jika isteri penat, jaga anak, suami perlu bantu ambil alih jaga tugas menjaga anak, ia sekaligus dapat membantu isteri tidak terlalu penat selain hubungan bapa dan anak juga erat.
Bahkan sekurang-kurangnya isteri juga ada masa melayan suami dan tidak berlaku hal-hal seperti yang tengah tular di media sosial ini.
Bengang isteri tak layan ajakan intim, suami bawa balik pelacur
Menerusi Twitter, ada satu kisah apabila si isteri meluahkan isi hatinya terhadap sikap suaminya itu. Si isteri mengeluh bahawa dia sangat penat menjaga anaknya seharian yang berumur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Dia akan bangun setiap hari kira-kira jam 5.30 pagi untuk memberikan susu badan dan uruskan anak.
“Haritu mak nak jaga anak-anak kejap jadi kat rumah hanya saya, baby dan suami. Saya tolak nak seks dengan suami sebab penat. Esoknya dia bawa balik pelacur ke rumah kami.”
Disebabkan itu, wanita ini mohon agar dapat diberikan kata-kata dan nasihat untuk dia bercerai sebab dah tawar hati.
Bawak balik what???? pic.twitter.com/gKV3gmMVYh
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) May 17, 2023
Dalam masa 23 jam, perkongsian tersebut telah meraih lebih daripadda 2,870 perkongsian. Ramai netizen yang begitu marah dengan sikap suaminya yang dianggap hanya tahu untuk melepaskan nafsu tapi kurang menjaga anak.
Alahai, teruk sangat perangai suami tu, takkan lah sampai ke tahap macam tu sekali.
Baca : Wanita Rancang Berkahwin Dengan ‘Hantu’, Dakwa Bakal Suami Larang Berpakaian Seksi?