in

“Bila manusia hilang timbang rasa, engkau pula yang menjadi mangsa” – Puisi Sedih Buat Arwah Adib

Puisi Untuk Adib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bila manusia hilang timbang rasa, engkau pula yang menjadi mangsa" - Puisi Sedih Buat Arwah Adib
Loading
/

Siapa saja tak sedih dan terasa dengan pemergian wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang telah meninggal dunia pada 9.41 malam tadi. Selain keluarga dan tunang arwah, satu Malaysia juga turut berasa pilu atas peristiwa duka ini.

Arwah bertarung nyawa selama hampir sebulan kerana kecederaan parah dialaminya selepas diserang dan dipukul kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. Tiba bersama pasukannya selepas terima laporan kereta terbakar di lokasi rusuhan, Adib dibelasah sehingga patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.


Seluruh rakyat terpanggil untuk mengucapkan takziah dan beri kata-kata semangat buat keluarga serta tunang Adib. Masing-masing meninggalkan komen di media sosial dan mengharapkan agar kematian arwah terbela serta mendapat pengadilan.

Adib 1 1
sumber: utusan

Turut terkesan dan pilu dengan pemergian arwah, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid telah menghasilkan sebuah puisi, didedikasikan khas buat Allahyarham Muhammad Adib.

Inilah puisi sedih yang bertajuk Maafkan kami, Adib.

Adib,

Namamu tak pernah disebut-sebut,

Hanya ayah, ibu, saudara dan tunangmu yang menyambut,

Tiap kali engkau pulang setelah bertugas,

Tunangmu mungkin terasa ingin mengikut,

Berjanji satu hari nanti kamu bersamanya akan hidup sehingga tibanya maut

Adib,

Kamu tidak sesekali menyangka,

Terperangkap dalam sengketa,

Yang kamu tahu hanya menyahut panggilan untuk bertugas tanpa bertanya,

Apakah tugas biasa ataukah merbahaya

Adib,

Seluruh negara tiba-tiba tersentak mendengar berita,

Engkau bergelut untuk menyelamatkan nyawa,

Rupanya bila manusia hilang timbang rasa,

Engkau pula yang menjadi mangsa

Adib 2
sumber: twitter

Adib,

Negara ini telah ditatang untuk anak muda seperti kamu,

Agar diwarisi sehingga ke anak cucu,

Yang berlain kaum, agama dan hidup berukun damai, itulah pesan ibu,

Jangan sekali-kali engkau sia-siakan tanah air ini milik bangsamu

Adib,

Air mata kami mengalir mengenangkan derita yang kamu lalui,

Kenapa nyawamu tidak dihargai,

Bukankah kita berjanji hidup bersama di tanah pertiwi ini,

Bumi bertuah tempat lahirmu menjadi saksi,

Adib,

Kamu hanyalah seorang warga yang mahu hidup biasa,

Negara yang makmur ingin dinikmati bersama,

Tidak ada yang harus berprasangka dan mencuriga,

Si Mamat, si Ah Chong, si Ramasami, bukankah rakan kita belaka

Adib 3
sumber: twitter

Adib,

Engkau dipaksa membayar harga dari sebuah pertelingkahan,

Mereka tidak kisah untuk apa harus berbunuhan,

Peduli apa kepada negara dan warga yang akan berberontakan,

Asal puas mendapat upah yang hanya seratus dua yang memalukan

Adib,

Kami semua bersalah dari sebuah kealpaan,

Saling mencuriga dan tidak mahu bermaafan,

Lalu engkau berada di tengah-tengah persengketaan,

Inilah natijah dari keegoaan yang tidak kenal sempadan

Adib,

Aku terkelu dan sukar mencari kata-kata,

Berita pemergianmu, tidak disangka,

Aku masih mengharap, engkau boleh berbicara,

Mengkisahkan pesan kepada anak cucu kita,

Jangan berulang lagi babak yang meluka,

Negara ini bakal kita wariskan kepada seluruh anak bangsa

Adib 5
sumber: twitter

Adib,

Damailah kamu di pusara, yang akan tercatat dalam sejarah,

Aku mengharap seluruh warga turut mengambil ibrah,

Bahawa Tuhan berpesan, hiduplah dengan pasrah,

Dalam rasa keinsanan dibina ukhwah,

Kami berazam tidak akan mengulangi permusuhan yang membawa belah

Sesungguhnya negara ini terlalu mahal dan terlalu indah untuk dibiar punah.

Sebak hati admin baca puisi ni. Moga roh Muhammad Adib tenang di sana. Al Fatihah…

Baca: “Semoga Adib bahagia bersama bidadari-bidadari syurga..” – Kad Jemputan Kahwin Adib Sabtu Ini Buat Netizen Sebak

Featured Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.