in

“Saya nak berkongsi ilmu. Kenapa perlu takut?” – Undang Rasa Tak Puas Hati Kerana Tegur YB Rina Cakap English, Ini Penjelasan Adibah Noor

Adibah Rina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Rina Harun sedang memberi ucapan dalam Bahasa Inggeris menerusi satu persidangan maya baru-baru ini.

Video tersebut kemudian telah mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang mengambil inisiatif untuk memperbetulkan beberapa sebutan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang disebut Rina.


Antara perkataan yang diperbetulkan ialah ‘doubt’ dan ‘debt’ yang mana sebutannya haruslah dihilangkan bunyi huruf ‘b’.

Walau bagaimanapun, teguran Adibah Noor terhadap Rina telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang menganggap perkara tersebut seakan-akan memalukan menteri berkenaan.

 

“Tujuan sebenar saya adalah untuk berkongsi ilmu” – Adibah 

Menjawab komen netizen, Adibah Noor hari ini memberitahu tujuannya membuat video berkenaan dan memperbetulkan sebutan YB Rina cuma untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan netizen yang mengikutinya.

Menurut Harian Metro, Adibah juga mengakui ramai di kalangan artis dan orang-orang yang mengenalinya agak takut untuk bertutur Bahasa Inggeris kerana takut dibetulkannya.

Kenapa perlu gerun atau takut? Tak payahlah begitu. Memang ramai dalam kalangan rakan artis dan orang-orang yang mengenali saya, mereka takut nak bertutur dalam bahasa Inggeris sebab takut saya betulkan.

“Saya rasa perasaan takut itu sebenarnya bukan takut atau gerun, tapi sebab malu. Malu sebab kita tak tahu dan tak cukup ilmu.

Adibah Noor 1 Scaled E1595905679703 1140X1269 1

“Kerana malu maka ia diinterpretasikan sebagai takut. Tak perlu takut, tak perlu gerun. Saya hanya membetulkan atau berkongsi dengan pengikut dan sesiapa saja yang sudi tengok video itu,” katanya yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris.

Malah kata Adibah lagi, dia hanya perbetulkan satu perkataan sahaja dalam ucapan menteri itu walaupun sebenarnya dia perlu memperbetulkan seluruh ucapan itu dari segi sebutan, intonasi dan sebagainya.

“Saya buat itu sebab di dalam pertuturan walaupun dalam bahasa Melayu, kadang-kadang kita memang ada salah sebut tapi orang tetap faham.

“Itu sebabnya saya tak betulkan semua sebab secara keseluruhannya, cara beliau menyampaikan ucapan itu dengan sebutan-sebutan walaupun tidak berapa betul, tapi ia boleh diterima kerana masih boleh difahami. Cuma satu perkataan itu yang saya betulkan kerana memang sebutannya salah. Itu saja,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CK_TqYvFNvE/

Sedar ada beberapa pihak yang tidak menyukainya bila menyentuh atau memberi perhatian kepada selebriti dan tokoh tertentu, Adibah berkata dia buat demikian kerana mahu perkara tersebut viral supaya pembetulan daripada kesilapan tersebut lebih mudah diingati dan penyebaran ilmu tersebut akan lebih luas.

Kalau ada yang tak pandai English lepas ni boleh lah belajar dengan Teacher Adibah kan? 

Baca: “Nak jadi model ke menteri” – Rina Harun Dikecam Netizen Gara-gara Tular Gambar Jadi Model Baju Kurung?

Rina Harun

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.