in

“Saya mungkin tak kaya macam Dato…” – PU Amin ‘Tegur’ Video Gelek Aliff Syukri dan Sajat

Haram 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taikun kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan netizen apabila memuatnaik video nyanyiannya diselangi tarian gelek Nur Sajat.


Video itu bagaimanapun mendapat kecaman daripada netizen termasuk golongan agamawan.

Terbaharu, Pencetus Umman Amin (PU Amin) menerusi laman Facebook, tampil menjawab persoalan netizen berhubung hukum hakam gelekan Nur Sajad dalam video berkenaan.

“Ramai mesej saya dan tanya apa hukum nya melihat Sajat gelek. Saya kata Haram. Jelas, terang dan nyata Haram.

“Minta maaf Dato. Saya mungkin tak kaya macam Dato dan tak layak untuk menasihati Dato. Tapi perkara seperti ini tak boleh berulang lagi.

Screen Shot 2019 08 18 At 9.48.34 Am
Sumber: facebook

Menurut PU Amin, video itu akan memberi impak kepada akhlak orang Islam terutama yang beragama Islam kerana ianya bertentangan dengan nilai kehidupan orang Islam.

“Saya tak nak anak bangsa dirosakkan dengan video gelek yang merosakkan akhlak anak anak kita. Semoga Allah muliakan Dato.

Screen Shot 2019 08 18 At 9.49.35 Am
Sumber: facebook

“Kalau netizen nak marah, dipersilakan. Saya berkata kata kerana sayangkan Islam dan anak keturunan saya. Demi kebenaran dan hukum Allah Swt.

Korang rasa macam mana? Patut ke Datuk Aliff sebarkan video macam tu?

Baca: “Bila cakap nanti kata nak tumpang populariti” – PU Amin Tegur Trend Pampers Jadi Tudung, Sharifah Sakinah Balas PM Tepi!

Screen Shot 2019 08 18 At 9.27.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.