“Bila cakap nanti kata nk tumpang populariti”- PU Amin Tegur Trend Pampers Jadi Tudung, Sharifah Sakinah Balas PM Tepi!

Siapa tak kenal dengan pelakon sensasi yang selalu tampil dengan idea gila iaitu Sharifah Sakinah. Apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian daripada netizen.

Cuma apa yang dimuatnaik Sharifah Sakinah dalam posting terbaharunya di instagram menjadi bualan hangat selepas ia turut mendapat perhatian daripada penceramah bebas, PU Amin..Apa Sakinah buat kali ni?

Pampers jadi tudung!

 

Sesuai untuk yang kepala berpeluh… Asalkan tutup sis. 

Hah pulak dah! Min percaya yang mungkin Sakinah sekadar berjenaka apabila menyarungkan pampers di kepala namun bagi sesetengah pihak ia ada sesuatu tindakan yang tidak patut diambil mudah, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut beragama islam.

Walaupun ia baru dimuatnaik semalam, posting tersebut menerima hampir 60 ribu likes di instagram.

Malah kakak kepada pelakon tersebut iaitu Sharifah Shahira atau dikenali sebagai Shieraijoy turut memberikan komen ‘penuh makna’ di posting adiknya itu.

Sumber : Instagram

 

Hormatilah kepala tempat sujud. Hormatilah kepala tempat istimewa

Dalam pada itu memetik sumber mStar Penceramah Bebas PU Amin sebelum pada Khamis di instagramnya menegur tindakan wanita-wanita yang bergelar ibu yang menjadikan lampin pakai buang atau pampers sebagai tudung di kepala anak-anak.

Katanya meskipun ianya hanya gurauan, ia jelas bertentangan dengan adab menghormati anggota tubuh badan.

Cuba tengok kat bawah skali, Sharifah Sakinah minta PU Amin PM tepi

Sumber : mStar

“Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam islam, menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal”

“Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka, namun saya sedih ada ibu yang sanggup pakaikan anak-anak mereka dengan lampin di kepala semata-mata menjadikan ia sebagai bahan lawak”

“Maafkan saya..kepada ibu-ibu hentikan pakai lampin di kepala anak-anak anda yang mulia.Hormatilah kepala tempat sujud.Hormatilah kepala tempat istimewa.

 

“Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti..”

PU Amin berkata tindakan mengenakan lampin di kepala jelas bertentangan dengan akhlak seorang muslim selain ia dilihat akan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Kata sekiranya ditegur nanti, akan dikata tumpang populariti tapi sekiranya perkara ini tidak ditegur ia akan beri kesan besar kepada generasi akan datang.

“Lampin adalah tempat buang najis, namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak, ia tidak kena dengan akhlak Islam. Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik. Tidak zalim dengan diri kita.”

“Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan, ditunjal, ditolak tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala?Allahu aneh!.

So mungkin disebabkan kenyataan PU Amin ni, Sakinah tinggalkan komen PM tepi kepada pendakwah tersebut.

Well betul jugak apa yang PU Amin cakap kan.

Baca : Berjimak dengan jantan, depression konon Ramai Sedih Baca Komen Lelaki Bangang Tuduh Benda Bukan-bukan Pada Ustazah Farhana

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.