in

“Saya mungkin pakai seksi tapi…” – Ada Adegan Bogel, Nadia Brian Tolak Tawaran Berlakon Siri di Hollywood

Nadia Brian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia menjadi satu impian besar buat pelakon atau anak seni di Malaysia ini untuk melebarkan sayap  ke peringkat antarabangsa seperti Hollywood. Walau bagaimanapun, satu peluang besar pasti datang dengan cabaran yang besar juga seperti yang dialami oleh Nadia Brian baru-baru ini.


Menurut The Star, Nadia telah menolak tawaran berlakon satu rancangan bersiri 12 episod di Hollywood kerana ia memerlukannya untuk berbogel. Alahai… 

Nadia 1

Kata Nadia, rasa terujanya dalam mendapat tawaran berlakon tersebut akhirnya bertemu kekecewaan selepas dia menerima skrip drama bersiri itu yang memerlukannya untuk menanggalkan pakaian bagi melakonkan beberapa scene panas.

Ia lebih daripada adegan bercium. Mungkin adegan berbogel di Hollywood bukan satu masalah besar tetapi saya tidak mampu melakukannya. 

“Saya mungkin berpakaian seksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian di set untuk melakukan adegan panas untuk satu platform streaming di Hollywood,” katanya.

Nadia 2

Tambah pelakon yang berusia 30 tahun ini, watak seperti itu akan menjatuhkan reputasinya dan nama baik keluarga.

“Saya akui, semua pelakon ada impian untuk berlakon di Hollywood. Tapi kita Melayu dan Muslim, budaya kita tak sama dengan di Hollywood,” katanya lagi.

Jika Nadia menerima tawaran tersebut, penggambarannya akan bermula pada bulan ini dan berlangsung selama enam bulan di Ireland. Walau bagaimanapun, Nadia menganggap perkara ini sebagai bukan rezekinya.

Sabarlah ye Nadia. Mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain. 

Baca: “Since kahwin kau tak bekerja” – Lepas Muizz Dedah Perihal Rumahtangga, Adik Nadia Brian Pula ‘Buka Mulut’

Rumah Tangga

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.