in

“Saya mula sedar lepas saya post tweet tu” – Iman Troye Mohon Maaf Ketelanjuran ‘Tweet’ 7,000 Kes Covid-19

Cats 87

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, nama Iman Troye trending di media sosial disebabkan satu tweet ringkas yang membuatkan netizen jadi marah.


Difahamkan, tweet tersebut berkenaan dengan kes harian Covid-19 yang hampir mencecah 7,000 (pada hari tersebut) sebelum ia dipadamkan.

Selain netizen, ada pihak lain seperti Sharnaaz Ahmad juga memberikan nasihat ‘makan dalam’ kepada dirinya.

 

“Hope esok dapat 7k hihi.”

Iman

Ekoran dengan kecaman itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagi Teman dan Pejam Celik Hari Raya ini membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya semalam.

Kata Iman atau nama sebenarnya  Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, dia mula menyedarinya selepas memuat naik tweet  tersebut. Tweet itu telah mencetuskan salah faham dan akui ia satu kesilapan.

“Saya tidak berniat untuk menyakiti mahupun menggores hati mana-mana pihak, terutama petugas barisan hadapan serta mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19.”

Dengan kejadian ini, Iman berkata bahawa dia akan belajar daripada kesilapan dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

 

Baca : “Jgn gurau atas nyawa org” – Shaarnaz Ahmad ‘Sound’ Iman Troye, Rupanya Ini Punca Sebenar

Sharnazz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.