Sejak sehari dua ni, nama penyanyi meningkat naik Iman Troye menjadi sebutan apabila postingnya di Twitter berkenaan jumlah kes harian mendapat kritikan netizen.
Hal ini terjadi apabila penyanyi tersebut yang meluahkan rasa ‘gembiranya’ dengan bilangan kes harian yang mencecah angka 6.9k baru-baru ini. Di samping, dia turut dilihat ‘mengharapkan’ agar kes harian mampu mencecah nilai 7 ribu kes.
Ketika artikel ini ditulis, difahamkan Iman Troye dah deactivate akaun Twitternya.
“Tolong jangan bagi aku jumpa k*nin*b* ni”
Ternyata ciapan Iman ini telah mengundang kemarahan ramai orang, dan turut lantang bersuara tentang hal ini ialah pelakon Shaarnaz Ahmad.
Sharnaaz dilihat begitu berang dan telah memuat naik posting di Ig storynya, kerana menganggap tindakan penyanyi itu sebagai kurang bijak. Selain dia menyuarakan bahawa tindakan seperti itu juga akan merosakkan nama baik selebriti yang lain.
Sharnaaz turut berkata supaya dia tidak bertemu dengan selebriti ini kerana terlampau geram di atas tindakan kurang bijak yang ditunjukkannya.
Hilang 2 ahli keluarga sebab Covid 19
Namun, rupanya ada cerita di sebalik kenapa Sharnaaz begitu lantang dengan perkara dilakukan Iman Troye itu.
Melalui akaun Twitternya, pelakon tersebut memberitahu bahawa dia sensitif dengan perkara sebegitu kerana telah hilang 2 ahli keluarga berpunca daripada Covid 19 ini dan dia turut berpesan supaya jangan sesekali bergurau ke atas hal melibatkan nyawa orang ni.
Dia turut menambah, perkara itu boleh menyentuh perasaan sesebuah pihak kerana dalam bilangan orang tersebut ada yang sedang bertarung nyawa dan turut ada yang meninggal dunia.
Hmm kerana mulut badan binasa, semoga jadi pengajaran untuk kita semua juga.