in

[VIDEO] Psy Nyanyi Lagu Janna Nick Ketika Bersenam Buat Ramai Peminat M’sia Bangga

Psy Gatal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pengguna tegar TikTok, korang mesti tahu kan yang lagu ‘Gatal’ dari Janna Nick memang popular betul dekat platform tu. Hampir satu dunia guna!


Baru-baru ini, Instagram penyanyi Gangnam Style, Psy telah menjadi tumpuan peminat dari Malaysia bila dia kongsikan video bersenam sambil menggunakan lagu Janna Nick itu. Woahhh

“Wow international!”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia dilihat turut teruja bila penyanyi K-pop tersebut memilih lagu Janna Nick ini untuk diletakkan di Instagramnya. Bukan setakat peminat Malaysia je, peminat dari Indonesia pun ramai yang komen, siap ada yang claim lagi. Eh?!

Screenshot 2022 06 07 At 4.12.28 Pm Down

Manakala ketika ditemubual oleh Boom, Janna Nick telah meluahkan kegembiraannya kerana lagunya telah dipilih oleh penyanyi popular tersebut.

Psy kot… Siapa yang tak gembira superstar dunia macam dia pilih lagu kita? Lepas tu dia promote pula di Instagram yang ada pengikut berjuta-juta. Siapa tak suka?”

Wahhh congrats Janna. Meletop letop lah lagi lagu tu lepas ni kan?!

 

Baca: “Hasil kerja saya duit haram ke?” – Janna Nick ‘Tak Faham’ Netizen Pertikai Usaha Nak Bina Pusat Tahfiz

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.