in

“Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik” – Dipercayai Didera, Ibu Angkat Tak Sangka Kanak-Kanak 7 Tahun ‘Pergi’ Sekelip Mata

Saya Menyesal... Sepatutnya Saya Pertahankan Adik Dipercayai Didera Ibu Angkat Tak Sangka Kanak Kanak 7 Tahun Pergi Sekelip Mata E1612067467678

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik tetapi kerana faham keadaan ibunya yang mungkin menanggung rindu, jadi saya rela dan biarkan dia kembali ke pangkuan mereka.”


“Tetapi saya tidak menyangka anak yang ditatang bagai minyak penuh, hilang sekelip mata dalam keadaan sebegitu.”

Norlida E1612000580201

Itu adalah luahan menyayat hati Norlida Abu Hassan, 50, ibu angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang meninggal dunia pada Jumaat dipercayai akibat didera.

Memetik laporan Harian Metro, kali terakhir Norlida bertemu anak angkatnya yang mesra disapa Adik itu adalah pada penghujung tahun lalu di Rawang, Selangor yakni sebulan selepas dia diserahkan kembali kepada keluarganya di Krubong, Melaka Tengah.

“Ada sekali kami berpeluang bertemu dengannya (Adik) secara senyap-senyap di kedai makan di Rawang ketika Adik dibawa bapa tirinya berjumpa kami dan Adik pernah cakap dia rindu Ummi (panggilan Norlida),” katanya.

Talian telefon disekat

Budak Dibunuh Ibu Kandung 2021 E1612000719983

Difahamkan, selepas Norlida menyerahkan anak angkatnya itu kepada keluarganya, mereka tidak berpeluang untuk berjumpa. Malah, talian telefonnya juga disekat.

Norlida dilapor telah menjadi ibu angkat kanak-kanak terbabit semenjak enam tahun lalu. Berita pemergiannya memberi kesan yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan.

Dalam temu bualnya bersama mStar, Norlida sedang mengusahakan untuk membawa pulang jenazah anak angkatnya itu untuk dikebumikan di Rawang.

“Selepas selesai urusan bedah siasat, saya berharap kami diberi kebenaran untuk bawa pulang jenazah Adik dekat kediaman keluarga kami di Rawang, supaya dapat ziarah pusaranya selalu,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan kes seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang maut disyaki didera ibu kandung dan bapa tiri.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun kini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, lapor Astro Awani.

Sumber: Harian Metro, mStar

Baca: ”Syurga tempatmu sayang” – Kes Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Disyaki Akibat Didera, Ibu & Ayah Tiri Direman

Feature 3 2 E1612000372991

Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.