in

“Saya mencari rezeki buat anak” – Diketawakan Pendakwah Ketika Menjual Teh Ais, Ini Respon Pilu Pakcik Penjual

Pakcik Teh Ais Diketawakan Pendakwah Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang berlegar di media sosial kini, sebuah video dari negara seberang memaparkan seorang pakcik yang menjual teh ais dan air mineral di sebuah majlis ceramah telah dimalukan oleh seorang pendakwah terkenal di negara tersebut.

Video itu meraih kritikan hebat netizen apabila penjual teh ais yang membawa barang jualannya di atas kepala itu telah dimalukan pendakwah, Gus Miftah Habiburrohman yang dilihat memanggil lelaki itu g*blok (b*doh) serta menghamburkan ketawa kepada penjual itu.


@clozhiw

seorang penjual es teh dipermalukan oleh gus miftah di depan banyak orang, btw serius deh itu yang ketawa” tuh emang ada yg lucu kah? pdhl sakitt banget liat bapaknya digituin🥺 #gusmiftah #beritaterkini #beritaviral #foryoupage #fyp #fypシ゚viral #fypage #xyzabc #4u

♬ Rumah by Salma Salsabil – Sadvibes🥀

Teh ais mu masih banyak tidak? Masih? Ya sana jual g*blok,” kata Gus Miftah sambil ketawa dengan pendakwah lain yang berada di atas pentas.

Menurut Sindonews, penjual air berkenaan tidak membalas kata-kata pendakwah itu dan hanya diam memegang barang jualannya.

Video berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen termasuklah netizen di Malaysia yang mengecam hebat tindakan pendakwah terbabit yang dianggap tidak beradab.

Komen Pakcik Teh Ais

Artikel berkaitan: “Bawa 6 ke 8 orang tengah malam datang halau” – Dihina Sebagai Pengemis, To’Ki Dedah Punca Bawa Keluar Parang

Artikel berkaitan: “Tidak murah hati” – Beli 7 Bungkus Nasi Lemak, Pelanggan Sindir Penjual Bila Minta Tawar Harga Tapi Tak Dapat

“Saya di sana mencari rezeki buat anak” – Pak Sunhaji 

Susulan tular video tersebut, seorang influencer Indonesia, Budi Irwanto telah berjumpa dengan penjual air yang bernama Pak Sunhaji dan memberikan sejumlah wang derma kepadanya.

Menurut Budi, Pak Sunhaji sebelum ini bekerja sebagai pemotong kayu sebelum mengalami kecederaan patah tulang ketika bekerja. Sejak dari itu, Pak Sunhaji telah mencari rezeki dengan menjual teh ais dan dia baru sahaja setahun berniaga.

Singkat cerita kemudian kelmarin bapak baru saja menawarkan dagangannya (berniaga) dan hanya baru laku beberapa cup saja,” kata Budi.

Pak Sunhaji yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak masih bersekolah itu meluahkan perasaan kecewanya semasa pertemuan tersebut.

@hyitsme_99

Nyesek bgt#viral#gusmiftah #fyp #setelahkaupergi

♬ Setelah Kau Pergi – Mahen

Saya itu mencari rezeki buat anak isteri, malah ada suara seperti itu. Ya kalau bagi saya tak apa-apa, tapi lain kali jangan. 

“Saya di sana belum dapat rezeki, malah ada suara seperti itu di telinga saya. Saya terima,” katanya dengan nada sedih.

Dalam pada itu, difahamkan pendakwah Gus Miftah sudah membuat permohonan maaf menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Sebak tengok muka pakcik tu. Mesti dia tahan je rasa sedih bila orang gelak-gelak macam tu dekat dia. 

Sumber: TikTok, Sindonews, Suara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.