in

“Saya masih budok kuba”- Kehilangan 56 Ekor Kerbau Serentak, Mowgli Malaysia, Syukur Tak Patah Semangat

Ft Kobau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh baru-baru ni mengenai kematian kerbau milik Mowgli Malaysia, Syukur Khamis hingga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan orang ramai.


Namun, kematian 56 ekor kerbaunya yang berlaku akibat wabak hawar berdarah tidak mematahkan semangat anak kecil ini atau nama sebenarnya Muhammad Syukur Khamis, 15.

“Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti.” Muhammad Syukur

Dari riak wajahnya sukar untuk diramalkan emosi yang dipendam namun Syukur tidak menafikan peristiwa itu amat memberi kesan hingga menyebabkan dia terasa seperti kehilangan “kawan baik”.

 

Keunikan Mowgli Malaysia

Syukur

Oleh kerana terlalu banyak masa dikongsikan bersama “kawan baiknya” itu, Syukur mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan kerbau sejak berusia enam tahun. 

Kelebihan ini tidak asing bagi anak bongsu daripada lapan adik beradik ini, kerana dia selalu mengikuti bapanya ke kandang kerbau milik bapanya.

Meskipun tercalit dengan kotoran seperti najis kerbau, Syukur yang juga digelar “Kampung Boy” lebih selesa berada disamping haiwan ternakannya itu.

Dia akui jiwanya terasa lebih tenang disamping “mereka”.

 

Pengajaran Baru

Syukur akui kejadian tersebut telah menyuntik kesedaran dalam dirinya mengenai kepentingan vaksin terhadap haiwan ternakan serta peka dengan persekitaran bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Menurut Syukur ia juga perlu dijadikan peringatan buat penternak yang lain.

Kehilangan kerbau-kerbau ini leih memberi kesan kerana Syukur kehilangan kerbau kesayangannya iaitu ‘Semek’ dan ‘ Tongkol’.

Capture 2 1

 

Semangat Buat Keluarga

Bagi bapanya Khamis, peristiwa ini merupakan pengalaman pertamanya walaupun sudah menjadi penternak selama 50 tahun.

Lebih menyedihkan buat Khamis adalah kerbau bunting miliknya turut mati dalam peristiwa itu selain menyebabkan anak kerbau enggan disusukan setelah kematian ibunya.

Kesiannya, dia nak mak dia juga…

 

7 anak pulang bantu ‘hidupkan’ kembali kandang

Susulan peristiwa ini, tujuh daripada lapan anaknya pulang ke kampung halaman untuk membantu dia membaik pulih kandang tersebut.

Anak-anaknya berusaha memastikan bangkai kerbau itu ditanam dengan baik dan yang masih hidup dijaga dengan baik.

“Semua anak saya balik ke kampung sebaik sahaja dimaklumkan berita duka ini. Biasanya mereka akan datang ke kandang selepas subuh…kadang-kadang sampai jam 1 pagi baru pulang semula ke rumah, untuk pastikan semua kerbau ini sihat. – Lapor Berita Harian

Semangat macam ni sangat diperlukan, terutamanya buat Syukur dan Pak Cik Khamis…

Anak-anak Pak Cik Khamis juga sedar dengan hasil ternakan kerbau inilah yang telah membesarkan mereka selama ni. Jadi mana mungkin nak lupa…

Kehidupan sebagai penternak ini dah terbiasa dengan dirinya hingga suatu masa dulu mereka pernah dihina dengan berbau busuk tapi tidak sedikit pun dia pedulikan. 

Capture 1 1

Tapi sebagai penternak, tidak dinafikan Khamis mempunyai hasrat untuk melakukan penternakan secara fidlot namun wabak ini menghalang niatnya.

Namun kini, dia mengharapkan anak bongsunya itu untuk merealisasikan niatnya itu berdasarkan minat yang dilihat dalam diri Syukur.

 

Min mengharapkan semua yang baik buat Syukur dan keluarganya…

Baca : Syukor ‘Budak Kerbau’ Sedih, 25 Ekor Kerbau Miliknya Mati Mengejut!

Capture 66

Sumber: Facebook
Sumber: Awani
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.