in

“Saya lagi rela ditahan T*liban selama 2 bulan” – Yvonne Ridley, Aktivis UK Yang Hilang Dibebaskan Israel

syaz ft 2025 10 09T113823.385

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yvonne Ridley yang merupakan bekas wartawan dilaporkan hilang selepas ditahan oleh rejim Israel ketika misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin tempoh hari.

Aktivis dari United Kingdom itu bagaimanapun difahamkan sudah dibebaskan hari ini, dalam satu hantaran di X, aktivis berusia 67 tahun itu berkongsi pengalamannya ditahan oleh rejim Israel dan menyifatkan ianya sangat buruk.


Artikel berkaitan: Aktivis GSF Nyanyi Lagu ‘Inilah Barisan Kita’ Bikin Netizen Meremang, Bakal Tiba Di Malaysia Malam Ini

Artikel berkaitan: Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar

“Saya rasa gagal kerana tidak berjaya memberikan bantuan kepada rakyat Gaza, namun saya tidak patah semangat. Memetik kata-kata Nelson Mandela, misi yang gagal hanya kod untuk misi seterusnya dan kami sudah berbincang untuk berlayar lagi (ke Gaza).

Ramai yang tahu, saya sebelum ini pernah ditahan puak Taliban dan jujur saya katakan, saya lebih rela ditahan oleh mereka selama 2 bulan daripada ditahan 2 hari oleh tentera Israel,” katanya.

Yvonne sebelum ini dilaporkan hilang tanpa info selepas ditahan ketika misi GSF, meskipun pada ketika itu  beberapa aktivis lain dari UK sudah dibebaskan.

Sebagai info, Yvonne Ridley ialah seorang wartawan British yang pernah menjadi tajuk utama dunia pada tahun 2001 selepas ditahan oleh Taliban ketika membuat liputan di Afghanistan.

Pengalamannya dalam tahanan itu membawa kepada keputusannya memeluk Islam pada tahun 2003, dan sejak itu beliau menjadi aktivis serta penulis yang lantang membela isu-isu kemanusiaan, terutama berkaitan Palestin, wanita, dan keadilan global.

 

Sumber: X, BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.