in

” Saya jadi ‘pak sanggup’ ” – Viral Dituduh Tak Beri Nafkah, Bekas Suami Buktikan Bayi Itu Bukan Anaknya

Bekassuami2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah viral di twitter apabila seorang wanita menzahirkan rasa sedih kerana bekas suami dikatakan curang sewaktu bayinya di wad sehinggakan ada pihak yang memperlekehkan ‘orang ketiga’ itu.


Rupa-rupanya cerita itu hanya dusta semata-semata, sebenarnya bayi itu bukan darah daging dia. Bahkan bekas suami  Shahrul Fazlim mendedahkan bahawa dia ‘pak sanggup’ berkahwin dengan wanita tersebut sewaktu usia kandungannya 4 bulan!

 

“Bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib..a umpama hadiah kerana anak itu”

Cur2
Sumber :mstar online

Menurut mStar Online, gadis itu viralkan dirinya hanya sekadar untuk suka-suka nak puaskan hati. Bahkan Shahrul terkilan kerana wanita itu seolah-olah tidak menghargai apa yang dia pernah lakukan

“Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

“Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya,” 

Bahkan, bekas isterinya itu juga pernah memberi amaran agar dia tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

Haramkan untuk jumpa anak, malah difitnah

Sijilkelahiran
Sumber : mstar online

Malah, gambar diatas menunjukkan bukti sijil kelahiran bahawa Shahrul bukan anak kandung bayi tersebut.

“Sebelum ini dia sendiri yang ‘haramkan’ saya berjumpa dengan anak itu. Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan.”

 

Perkahwinan tak direstui keluarga..Ibu tak boleh terima Shahrul jadi ‘Pak Sanggup’

Cur3
Sumber : twitter

Selain perkahwinan yang tak direstui, Shahrul rela berkahwin dengannya diwaktu kandungan wanita tersebut berusia 4 bulan! 

“Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi ‘pak sanggup’. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya.”

Bahkan dia dulu seorang yang setia, semasa mereka masih pasangan suami isteri.

 

“Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka”

Curang

Bukan itu sahaja, Shahrul juga pernah rela hati untuk bantu nasibnya dengan menyerahkan hak penjagaan kepadanya, tetapi wanita tu enggan.

“Saya sayangkan anak itu dan menganggap dia seperti anak saya sendiri.

Saya pernah beritahu Nori untuk buat surat dan menyerahkan hak penjagaan kepada saya jika dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu seorang diri, saya sudi membantu. Tetapi dia tidak mahu.

Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka.” 

Shahrul menggesa netizen untuk berhenti mengecam teman wanita itu, kerana gadis itu bukanlah punca kerosakan rumah tangga seperti mana yang di dakwa.

Perceraian berlaku selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Pasangan ini berpisah pada 18 Oktober lalu.

 

“Dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit”

Bekassuami

“Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini.”

Kesiannya bahkan siap terkena tohmahan daripada orang sekeliling termasuklah guru-gurunya sendiri.

Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang. Saya harap dia tidak ganggu kehidupan saya selepas ini. Hak saya untuk menentukan dengan siapa saya nak berpasangan atau kahwin

 

Baca : Lepas Bercerai, Akaun Bank Bekas Suami Mungkin Boleh Kena Sekat!

Mujahid Yusof Rawa Maqasid Al Syariah Event 250515 Tmi Nazirsufari Full 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.