Seorang pelukis dari Rusia meluahkan rasa hampanya di media sosial apabila lukisan muralnya yang ditempatkan di sebuah bangunan dekat Kuala Lumpur dipadam tanpa penjelasan.
Julia Volchkova dalam hantaran video di Instagram miliknya memaparkan dinding yang menempatkan karyanya itu sudah dicat dengan warna putih.
Artikel berkaitan: Hilang Sepasang Tangan Akibat Kemalangan, Pelukis Kudung ‘Terima’ Tangan Baru
Artikel berkaitan: “Maafkan mommy” – Ibu Menangis Lihat Lukisan Anak Sulung, Luah Rasa Terabai
View this post on Instagram
Dalam video berdurasi 32 saat itu, dilihat Jullia dan dua rakannya berasa amat sedih dan keliru mengapa lukisan mural yang dinamakan Goldsmith itu dilenyapkan.
“Selepas saya memuat naik hantaran ini, saya melihat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai mengenai pemadaman mural saya.
Pertama, semua orang bertanya mengapa, mengapa, mengapa. Saya tidak tahu sebenarnya dan saya juga ingin tahu sebabnya. Jika sesiapa tahu sebab sebenar, sila beritahu saya,” tulisnya di kapsyen.
Menyifatkan karyanya itu seperti ‘anak’, Julia masih keliru berkenaan mengapa lukisan muralnya itu dipadam selain berkata perkara ini terlalu kerap berlaku dalam kalangan pelukis jalanan atau street artist.
Dalam pada itu, Julia juga berkata dia hampa dengan tindakan memadam lukisannya itu kerana ia sangat digemari oleh orang tempatan serta pelancong luar selain menjadi mercu tanda di ibu kota itu.
Sumber: Instagram