in

“Saya hidup dalam kepura-puraan” – Britney Spears Dipaksa Guna Alat Pencegah Kehamilan, Mahu Hidup Bebas Tanpa Dikawal Ayah

Britney Free Britney

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang hidup di zaman 90s, korang pasti kenal dengan diva pop popular Britney Spears yang sangat famous dengan lagunya, ‘Oops! I Did It Again’.


Namun nama Britney semakin tenggelam kini dan tiada siapa sangka dia akhirnya membuka mulut mengenai penderaan yang telah dilakukan oleh ayahnya.

155270389 1009810399422748 1501456408175011019 N

Menurut CNN, semenjak berlakunya peristiwa ‘mental breakdown’ yang dihadapi Britney, mahkamah telah memutuskan yang dia tidak mampu lagi menguruskan dirinya.

Lalu dia diletakkan di bawah ‘conservatorship’ yang mana ayahnya, Jamie Spears mempunyai hak dalam mengatur kehidupan Britney. Sebagai conservator Britney, Jamie juga katanya mempunyai akses terhadap jadual dan sumber kewangan penyanyi itu.

5 Pop Star Britney Spears With Her Father Jamie Spears

 

“Saya telah menipu dan memberitahu seluruh dunia yang saya OK” 

Isu mengenai penderaan yang dialami Britney yang juga ibu kepada dua anak ini bukanlah benda baru sebab peminat-peminatnya dah mula lakukan pergerakan ‘Free Britney’ bila mereka mula rasa idola mereka ini sedang dikawal ayahnya.

Ayahnya juga dituduh menyalahgunakan wang titik peluh Britney untuk keperluan diri.

Dalam satu prosiding di mahkamah yang berlaku kelmarin, Britney yang hadir telah bersuara di Mahkamah Los Angeles mengenai kesan conservatorship terhadap dirinya.

Saya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan, saya tidak rasa yang saya didengari dalam sesi mahkamah lalu. 

“Saya telah menipu dan memberitahu seluruh dunia yang saya okey dan gembira. Semuanya penipuan semata-mata. Saya hidup dalam kepura-puraan, terkejut, trauma dan memalsukan perasaan seolah-olah semuanya sempurna. 

“Sekarang saya menyatakan kebenaran dan saya tidak gembira. Saya tidak boleh tidur, tertekan dan saya menangis setiap hari,” katanya.

Britney Ig
Posting di ig britney yang sering menimbulkan tanda tanya

 

“Saya mahu berkahwin dan mempunyai anak lagi”

Britney berhasrat agar conservatorship ini dibatalkan kerana menurutnya, dia berhak mendapatkan privasi dan merasakan yang dia tidak boleh hidup dengan tenang.

“Saya akui saya memang perlukan sedikit terapi, namun saya ingin maju secara progresif. Ketika ini ada alat pencegah kehamilan di dalam badan saya dan ayah tidak membenarkan saya berjumpa doktor untuk membuangnya. 

“Saya mahu berkahwin dan mempunyai anak lagi. Conservatorship ini memberi saya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Saya berhak dapat kehidupan saya kembali! 

“Saya telah bekerja sepanjang hidup saya. Saya merasa diganggu dan dibuli serta ketinggalan dan bersendirian. Saya bosan merasa sendirian,” katanya lagi.

Britney Spears Boyfriend Encourages The Singer To Make Acting Return
Britney dan teman lelaki, sam asghari

Britney yang kini berusia 39 tahun tidak dibenarkan untuk memiliki akses terhadap kewangannya biarpun dia memperolehi jutaan dollar menerusi penjualan album dan konsert.

Dia harus meminta kebenaran ayahnya untuk membuat keputusan walaupun ia perkara remeh macam nak mengecat kabinet dapur rumah. Aduhai. 

Prosiding kes ini sedang berlangsung di mahkamah dan ayah serta ibu penyanyi ini yang ditemani peguam mereka juga hadir mendengar perbicaraan secara virtual.

Semoga Britney memperoleh kebebasan yang dia inginkan. 

Baca: “Sebaris lagenda seperti Michael Jackson” – Billboard Menamakan BTS Sebagai Bintang Pop Terhebat Tahun 2020

Billboard

Sumber: Instagram
Sumber: Mirror
Sumber: Instagram
Sumber: Pink Villa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.