in

“Saya dulu pun jenis solat bersepah” – Dah Lama Belajar Senyap-Senyap, Zul Ariffin Seronok Dalami Ilmu Agama

Ft Zul Ariffin Akui Dulu Lalai Bab Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, Zul Ariffin dilihat sering mengikuti aktiviti keagamaan dan kerohanian bersama Ustaz Ebit Lew. Melalui perkongsian di Instagram mereka, ramai netizen akui berasa seronok apabila melihat pelakon itu semakin mendekati agama.


Menurut tuan empunya badan, dia akui pernah lalau dan leka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, antaranya adalah tidak cukup menunaikan solat lima waktu, lapor Kosmo. Disebabkan itulah, katanya dia memang memahami tentang kesukaran dan perasaan gusar dilalui orang lain yang sedang cuba untuk memperbaiki diri. Kata pelakon berusia 35 tahun itu,

Jaga solat dan insya-Allah, semua yang lain Allah akan jaga. Bagaimanapun, disiplin nak buat (tunai solat dan buat amalan baik) itu yang perlu terus dipelajari.”

Saya faham sebab sebelum ini pun, saya tergolong dalam kalangan orang yang bersepah solat. Saya faham kesukaran dan ujian untuk memulakan sesuatu terutama tiang agama. Itu belum perihal yang lain.”

Zul Dan Ebit

 

Dah lama belajar senyap-senyap

Kerana kesungguhan untuk menimba ilmu agama, Zul berkata hari demi hari dirinya semakin jatuh hati terhadap agama namun itu bukan bermakna dia mahu bersara daripada dunia lakonan dalam waktu terdekat.

Saya pergi majlis ilmu jumpa orang bijak agama atas dasar nak belajar. Nak amalkan ilmu atas diri sendiri itu yang mencabar tapi sekurang-kurangnya, saya berada di tempat (majlis ilmu) buatkan saya rasa lebih bagus daripada membazir waktu yang ada.”

Orang fikir saya berhijrah semua itu saya tak berapa pasti dan tak tahu nak cakap apa. Saya ingin belajar (mendalami) ilmu agama.”

Saya sayang kerjaya lakonan tapi pada masa sama, saya suka belajar tentang agama kita dan sebenarnya. Sudah lama saya belajar secara senyap-senyap cuma disebabkan ada orang berilmu ajak berkenalan, bagi saya, itu semua susunan Allah nak beri peluang saya kenal tambah ilmu dan pengalaman.”

Zul Selfie

 

Yang penting, belajar

Ramai menyedari perubahan Zul yang mendekatkan diri ke jalan agama dan katanya dia berharap ia akan membuatkan orang lain turut mahu melakukan perkara yang sama. Menurutnya, apa yang penting adalah untuk belajar ke arah diredai Allah, meskipun perlahan-lahan.

Saya faham ramai di luar sana yang mungkin segan, tak berkesempatan atau tak tahu mana atau siapa nak tanya (perihal agama).”

Jadi, saya harap dengan tengok saya yang penuh dosa ini sedikit sebanyak orang di luar sana boleh usaha jadi lebih baik. Belajar perlahan-lahan. Kita semua manusia biasa yang nak belajar.”

Baca: “MasyaAllah, senang sangat tengok” – Netizen Sejuk Hati Lihat Perubahan Zul Ariffin Semakin Dekati Agama

Ft Perubahan Zul Ariffin Bersama Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.