in

“MasyaAllah, senang sangat tengok” – Netizen Sejuk Hati Lihat Perubahan Zul Ariffin Semakin Dekati Agama

Ft Perubahan Zul Ariffin Bersama Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai netizen terutamanya pengikut dan peminat setia pelakon filem J Revolusi, Zul Ariffin dikatakan berasa gembira melihat dia semakin mendekati agama. Apatah lagi pelakon berusia 34 tahun itu dilihat ada berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.



Melalui Instagram, Zul ada berkongsi fotonya bersama Ebit Lew semalam dan meskipun tidak menerangkan lebih lanjut tentang pertemuan mereka berdua namun dia meluahkan rasa bersyukur.

Alhamdulillah, semalam sangat hebat.”

Zul Ariffin Dan Ebit Lew

Bukan itu saja, Ebit Lew juga dilihat turut berkongsi gambar bersama Zul dan pelakon Norman Hakim di Instagram peribadinya serta meminta agar orang ramai mendoakan urusan mereka.

Doakan ye. Syukur dapat berjumpa ramai sahabat baik yang dikasihi demi ummah. Terharu dengan sifat dan akhlak mereka. Baik sangat.”

Zul Ebit Norman

Rata-rata pengikut mereka di Instagram tumpang gembira dan akui seronok melihat perubahan pada diri pelakon itu. Ada yang luah rasa syukur dan teruja melihat pertemuan mereka dan mendoakan agar apa saja urusan yang dirancang itu dipermudahkan olehNya.

Sebelum ini, Zul Ariffin ada meluahkan rasa tertekan yang dilaluinya disebabkan pendemik Covid-19 dan melalui perkongsiannya itu, hero berbadan tegap ini turut menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupannya.

Baca: “Tiap tiap tahun pun sanggup bersalin” – [VIDEO] Netizen Puji Nazrief Nazri, Jaga Isteri Berpantang Persis Mak Bidan

Ft Nazrief Dipuji Jaga Isteri Tiptop Masa Pantang

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.