Sebentar tadi, media melaporkan yang Tan Sri Annuar Musa telah dipecat oleh Barisan Nasional sebagai Setiausaha Agung.
Menerusi Twitter peribadinya, Annuar telah kongsikan tangkap layar perbualannya bersama Presiden Barisan Nasional, Dato’ Seri Zahid Hamidi ekoran berita tersebut.
Jelas dalam tangkap layar itu, Annuar Musa hanya dapat tahu tentang pemecatan tersebut dari media dan bukan dari mulut Zahid Hamidi sendiri.
Saya diberitahu oleh media, yang saya dipecat sebagai SUA BN DAN SU MN…”
Seiring dengan itu, Annuar turut mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan berkhidmat untuk kedua-dua jawatan tersebut.
Pun begitu, tiada mesej balas dari Zahid Hamidi mengenai perkara itu yang dikongsikan oleh Menteri Wilayah tersebut.
Tambah beliau, setakat ini dia tak ada apa-apa komen mengenai perkara ini dan mendakwa beliau sekarang dalam tempoh bertenang.
Susulan itu juga, Annuar Musa turut memuat naik dua gambar menunjukkan yang dia sedang menikmati rojak untuk makan tengahari.
Utk lunch tengahari ni,sepinggan ROJAK,sebiji telor….Alhamdulillah,selera makin bertambah..”
Utk lunch tengahari ni,sepinggan ROJAK,sebiji telor….Alhamdulillah,selera makin bertambah.. pic.twitter.com/fhesKSu7Xd
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 5, 2021
Sehingga kini, masih belum ada komen rasmi dari Barisan Nasional mahu pun Zahid Hamidi mengenai berita pemecatan Annuar Musa.