in

“Saya dengan Lofa hanya bekerja” – PU Riz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa Dengan Neelofa

Bercinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba muncul je gosip yang mengatakan pendakwah dan pelakon PU Riz Ismail kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan Neelofa.


PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25 yang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah di Wangsa Maju dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah Sarjana Muda berkata, hubungannya dengan pengacara popular itu atas dasar kerja semata-mata. 

Lofa

Menurut Harian Metro, Riz yang mengaku sudah lama mengenali Neelofa itu menolak dakwaan wujudnya soal hati dan perasaan antara mereka berdua.

“Saya dah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

“Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Tambah Riz lagi, beliau hanya mahu menyampaikan dakwah dan tidak lama lagi bakal menubuhkan yayasan bersama Neelofa.

“Saya hanya mahu sampaikan dakwah, tidak lebih daripada itu. Sama-samalah kita berdoa agar diberikan jodoh yang baik. 

“Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita. 

“Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Kemana-mana berdua pun atas faktor kerja. Kami dah lama buat kerja dakwah. 

“Untuk tahun ini saja kami dah kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas,” jelasnya yang tidak kisah dengan kata-kata netizen.

Bila disoal sama ada Neelofa mempunyai ciri-ciri wanita idaman, Riz berkata dia menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya. Namun baginya, bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita di luar sana yang menutup aurat amat dia hargai.

Wow… ada apa-apa ke tu PU Riz dan Neelofa?? Min doakan yang baik-baik aje okay. 

Baca: “I tengah heartbroken gila!” – Lepas Ditinggalkan Ex Boyfriend, Neelofa Kongsi Kisah Inspirasi Buka Bisnes Tudung

Naelofar

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.