in

“Saya datang sini lepas solat Subuh” – Mat Over Nyatakan Sokongan Setia Pada Najib, Tak Setuju Keputusan Mahkamah

Sayang Jib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di antara lautan penyokong yang datang memberi semangat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, siapa sangka terselit pelawak terkenal Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di luar kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.


Menurut Harian Metro, Mat Over merupakan penyokong setia Najib Razak sejak dari dulu lagi dan tujuan dia hadir pada hari ini adalah untuk menyatakan sokongan buat pemimpin tersebut.

“Saya datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat,” katanya.

Mat

Tambah Mat Over lagi, dia datang awal juga kerana bimbang tidak masuk ke mahkamah jika berlaku kesesakan.

“Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.

“Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,” kata Mat Over.

Rata-rata penyokong Najib Razak yang berada di kawasan mahkamah tersebut meluahkan rasa sedih sehingga ada yang marah, mengamuk dan menangis meratapi nasib bekas Perdana Menteri tersebut.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Baca: “MANA ADA PERDANA MENTERI BELA RAKYAT” – [VIDEO] Makcik Berkerusi Roda Tak Puas Hati Najib Bersalah

Collage 48

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.