in

“Saya dah mengaku salah” – Peniaga Keropok Lekor Dedah Punca Sebenar ‘Pergaduhan’ Dengan Peniaga Laksa

Fi Gaduh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam satu ‘pergaduhan’ berlaku di antara peniaga keropok lekor dan penjual laksa yang dikatakan berpunca sebab tak berpuas hati terhadap sesuatu isu.



Kecoh betul tengok dalam satu video kejadian itu telah tersebar. Dilihat peniaga keropok lekor itu menterbalikkan meja jualan penjual laksa tersebut hingga tertumpah semua bahan.

Ternyata kejadian yang berlaku di Taman Koperasi LLN, Kajang ini mengundang kecaman para netizen.

 

Peniaga laksa buat laporan polis

Sehubungan dengan itu, peniaga laksa yang dikenali sebagai Radziah telah membuat laporan polis berkenaan insiden yang menimpanya semalam.

Namun menurut Kosmo, laporan tersebut telah ditarik balik dan kedua-dua pihak telah bermaafan antara satu sama lain.

Laksa 1

 

Penjual keropok lekor dah minta maaf.. Dedah perkara sebenar

Akhirnya maklum balas tentang kejadian yang berlaku telah diberitahu oleh peniaga keropok lekor itu sendiri.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Aliana menyatakan bahawa dia dah meminta maaf kepada abang ipar peniaga laksa tersebut dan mereka telah bermaafan.

Selain itu Aliana menceritakan bahawa punca berlaku pergaduhan itu adalah disebabkan Radziah meniru apa yang dijualnya dan pernah ditengking oleh peniaga laksa itu. Di samping dia menyatakan tidak puas hati kerana peniaga laksa tersebut melakukan body shaming padanya.

Gaduh 1

Aliana turut menambah bahawa kejadian seperti itu adalah pertama kali dilaluinya, sepanjang tiga tahun berniaga di tempat tersebut.

 Syukurlah semuanya dan selesai, harap tak ada lagi insiden macam ni berlaku lagi di mana-mana.

Sumber : Kosmo, Online Malaya

 

Baca : [Video] Didakwa Tak Puas hati Berniaga Sebelah Kedai, Peniaga ‘Flip Table’ Kedai Pesaing?

Foot Gaduh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.