in

“Saya dah failkan perceraian terhadap suami” – Sharnaaz & Noor Nabila Bakal Bercerai?

Untitled Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Desas-desus yang tersebar mengenai pasangan sama cantik sama padan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa itu mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Menurut laporan Berita Harian, Noor Nabila bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.


Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang

Befunky Collage 164

Kisah rumah tangga kedua-dua pasangan suami isteri itu menjadi perhatian ramai pada 29 Ogos lalu, apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap pelakon lelaki tersebut.

Ia selepas Nabila berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Court 1

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki comel Jebat Jayden Ahmad.

Apa pun, kita mendoakan yang terbaik buat keluarga ini ya!

 

Baca: “Melenting bagai nak gila tak selesaikan masalah” – Netizen Bandingkan Profesionalism Fazura Dengan Sharnaaz Bila Silap Eja Nama

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.