in

“Saya curah asid dan ceraikan dia..” – Realiti Sedih Yang Berlaku Kepada Kaum Isteri di Pakistan

Curah Asid Dekat Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya curah asid dan ceraikan dia.." - Realiti Sedih Yang Berlaku Kepada Kaum Isteri di Pakistan
Loading
/

Sedih membayangkan masih ada masyarakat Islam yang merendahkan isteri dan menganggap suami adalah raja. So, suami boleh buat apa je dekat isteri sesuka hati termasuklah melemparkan kata-kata kesat dan memukul.


Wedding
sumber: parhlo

Pakistan adalah salah satu negara yang mengagungkan para suami dan mereka memberi layanan buruk terhadap isteri. Kalau tak suka isteri masak, pukul. Kalau tak suka cara isteri berpakaian, belasah. Kalau tak suka isteri buat sesuatu, ceraikan. Yes, itulah realiti sedih yang berlaku dekat kaum isteri di Pakistan.

 

“Saya curah asid…”

Dalam satu video interview seorang wartawan telah bertanya kepada seorang lelaki tentang kisah hidup dia dan bekas isteri. Lelaki yang menutup muka dia tu mengaku telah melakukan satu jenayah jadi terpaksa berimej macam tu untuk interview.

Sumber: Twitter

 

Terjemahan:

Wartawan: Mengapa kamu tutup muka?

Lelaki: Kalau untuk interview saya kena tutup muka. Saya tak boleh beritahu awak semua perkara secara terbuka sebab saya dah melakukan satu jenayah. Saya berasa malu.

Wartawan: Saya dapat tahu ada insiden berlaku di mana kamu telah mencurahkan asid padanya. Boleh kamu cerita sedikit macam perkara tu boleh berlaku?

Lelaki: Dia memakai pakaian mengikut fesyen terkini, baju yang tidak senonoh dan kamu boleh nampak tubuh badannya. Saya tak boleh dengar (bila) orang mengejek. (Daripada malu), lebih baik bunuh diri atau bunuh isteri.

Wartawan: (Sebenarnya) kamu cuma berasa malu?

Lelaki: Ya.

Wartawan: Kamu kisah sangat apa yang cakap tentang kamu?

Lelaki: Awak akan rasa teruk dan marah. Awak akan cenderung untuk buat sesuatu yang jahat. Saya putus harapan.

Jadi, pada satu hari saya pukul dia dengan sangat teruk sampai saya sendiri kena bertaubat. Tapi dia masih taknak berhenti dan berubah. Bukan itu sahaja, dia juga memotong rambutnya.”

Lelaki: Saya kata, “OK sebab kamu dah buat begini, saya akan curah asid pada kamu”. Bila dia sedar apa saya nak buat, dia palingkan muka dia.

Saya curah asid dan bahagian kiri muka, tangan dan baju dia melecur. Kemudian saya ceraikan dia.”

Acid2
gambar hiasan

Wartawan: Kenapa kamu tak bercakap dengan dia elok-elok?

Lelaki: Saya menangis dan marah dia supaya berubah selama 10 tahun. Awak akan buat perkara yang sama bukan?

Wartawan: Saya tak akan buat perkara yang sama. Kamu rasa isteri kamu cantik?

Lelaki: Ya, dia cantik.

 

Menurut BLOGS, memang banyak perkara yang menunjukkan orang Pakistan ni pandang rendah dan buat isteri macam hamba. Antaranya:

 

1. Anak perempuan tersisih

Dalam satu artikel diterbitkan oleh The Express Tribune, ibu bapa di Pakistan dikatakan kurang melabur untuk pendidikan anak perempuan. Nak tau sebab apa?

  1. Mereka rasa peluang pekerjaan lebih besar untuk lelaki
  2. Mereka percaya anak lelaki akan menjaga mereka dengan lebih baik di hari tua.

 

2. Sanggup bunuh kalau malukan keluarga

Yes, jangan tak percaya. Mereka sanggup bunuh kalau anak perempuan dalam keluarga tu tak mengikut perintah atau telunjuk. Contohnya, perihal perkahwinan.

Menurut BBC, Arifa, 25, pernah lari dari rumah tinggalkan keluarga sebab nak kahwin dengan lelaki pilihan. Bila family dapat tahu, mereka cari sampai dapat.

Bila mereka jumpa Arifa dan suami di Karachi, Pakistan, semua lelaki dalam keluarga tu keliling dia serta suaminya dan acu pistol. Disebabkan takut, Arifa terpaksa ikut keluarga dia pulang.

Lepas tu suami dia, Abdul Malik dah tak dengar langsung khabar berita dari isteri. Kerana ketakutan, Abdul Malik bersembunyi selama 3 bulan. Katanya,

Saya dapat mesej mengatakan dia (Arifa) telah dibunuh.”

 

3. Mesti tinggal dengan kaum kerabat suami

Suami di Pakistan memang tak akan keluar dari rumah keluarga dia untuk berdikari tinggal dengan isteri. Jadi, isteri kena redha hidup dalam rumah yang sempit bersama ibu bapa dan adik beradik yang lain.

Bukan tu je, dorang ni mengamalkan ‘jangan simpan rahsia’. Isteri kena kongsi semua perkara dengan keluarga suami sebab pada dorang bila dah jadi keluarga tak boleh simpan rahsia.

Pakistan Wife
sumber: blogs

 

4. Kena selalu bertolak ansur

Dalam apa pun urusan, isteri WAJIB bertolak ansur. Suami tak buat tak apa, tapi isteri KENA kompromi. Isteri juga yak dibenarkan buat suami rasa marah, tersinggung dan kena sentiasa jaga hati. Kalau tak, memang akan dengar “aku ceraikan kau” lah jawabnya.

 

5. Tak dibenarkan buat perancangan keluarga

Isteri tak ada hal untuk buat family planning. Ikut suka hati suami sebab pada mereka badan isteri tu adalah milik mereka. So dorang yang akan buat keputusan bila isteri mengandung dan berapa orang anak.

Malam Pertama
gambar hiasan

 

6. Tak boleh kongsi harta dengan suami selagi keluarga masih hidup

TAK BOLEH! Even kalau keluarga dah tak ada, belum tentu isteri boleh dapat kongsi harta. Semua tu atas ihsan je.

 

7. Kena buat semua kerja rumah

Isteri WAJIB buat semua kerja di rumah tanpa bantuan suami. Suami ego taknak bantu sebab dorang tak nampak maskulin. Ibaratnya, isteri ni adalah assistant mak mertua la. Jaga anak pun kerja isteri ye!

Isteri
sumber: care2

 

8. Jangan buat suami tersinggung

Dari sekecil perkara sampai lah sebesar-besarnya, jangan berani buat suami terasa hati. Walaupun setakat nak tegur dia berdengkur ke, nafas dia bau busuk ke. JANGAN!

 

Baca: “Dia pukul saya, bogelkan saya dan cukur rambut saya” – Isteri Diseksa Suami Kerana Tak Mahu Menari Depan Kawan Kerja

Latest Torture Feat Censor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.