in

“Saya buka kedai makan je bang” – Khairul Aming Bagi Respon Lepas Netizen Pertikai Susah Nak ‘Booking’

ft Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak restoran Rembayung dibuka, bermacam-macam reaksi yang netizen berikan kerana kita sedia maklum bahawa laman sesawang untuk membuat tempahan ke restoran kini sedang penuh.

Jadi, salah seorang netizen mencadangkan pemilik restoran tersebut iaitu pempengaruh, Khairul Aming untuk mengupah seorang Ketua Pegawai Teknologi (CTO) untuk kendalikan laman sesawang ‘booking’ tersebut.


Artikel berkaitan : Pelanggan Datang Jauh Dari Taiping, KA Papar Situasi ‘Live’ Di Restoran Rembayung

Artikel berkaitan : Elak ‘Scammer’, Khairul Aming Mohon Pelanggan Yang Berjaya Tempah Slot Rembayung Agar Tidak Kongsi ‘Screenshot’

Di samping itu, netizen turut memberikan cadangan agar menyediakan bajet tertentu yang khusus untuk laman sesawang restoran Rembayung.

KA

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, Khairul Aming tampil memberikan respon dengan meminta agar netizen tersebut tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Bahkan, Khairul Aming turut menjelaskan sebab secara terperinci.

“Saya buka kedai makan je bang, saya mohon jgn letak expectation mcm saya organize concert kat bukit jalil. Dalam kedai kita boleh handle 200pax je max dlm satu masa, tapi yang nak book ada 50,000 orang tak termasuk 7-8 org family or kawan yang setiap orang nak bawa.”

Dalam pada itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa dia menggunakan platform Umai kerana ia adalah pilihan terbaik untuk uruskan tempahan restoran di Malaysia.

Screenshot 2026 01 20 121604

Jadi, apabila pilihan yang terbaik juga tidak mampu untuk tampung, Khairul Aming menjelaskan yang pihaknya tidak mampu menyelesaikan isu masalah booking itu dalam sekelip mata.

Malah, Khairul Aming turut mengeluh bahawa kedainya baru sahaja buka 2 minggu dan meminta dirinya untuk diberikan ruang.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.