in

“Saya betul-betul menyesal” – DSV Tutup Komen di IG, Akui Bergurau Kasar Isu Anuar Zain

Dsv Betul Betul Menyesal Isu Anuar Zain Gay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, tular mengenai isu usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida atau lebih mesra dikenali sebagai DSV yang membuat dakwaan kononnya penyanyi terkenal, Anuar Zain ‘gay’ iaitu menjalinkan hubungan sesama jenis.



Kecewa dengan tutur kata yang keluar daripada mulutnya sendiri, DSV telah membuat permohonan maaf kepada penyanyi berkenaan dua hari lepas di Instagram, namun telah menerima pelbagai kecaman netizen.

 

“Saya sebenarnya bergurau kasar, tak sengaja pun” 

Menurut Utusan Online, DSV yang ditanya berhubung permohonan maafnya itu berkata, dia tidak sengaja mengeluarkan dakwaan mengatakan Anuar sebagai ‘gay’ dan bersungguh-sungguh menyesali setiap bait kata yang pernah dikeluarkannya.

Saya betul-betul menyesal. Saya sebenarnya bergurau kasar, tak sengaja pun. Saya sendiri bersahabat dengan ramai golongan begitu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia terpaksa menutup ruang komen di posting tersebut kerana tidak mahu netizen terus menerus mengecam dan menghentamnya.

“Daripada mereka membuat dosa kering mengecam saya, lebih baik saya tutup.

“Orang kata kita bergurau kasar cuma tak kena tempatnya. Saya pun ramai kawan begitu, jadi mungkin gurauan itu tak kena tempat. Sebab itu saya menyesali perbuatan itu,” katanya lagi.

Meskipun dituduh tidak ikhlas dalam membuat permohonan maaf, DSV menegaskan yang dia benar-benar ikhlas, namun tidak dapat menghalang pemikiran orang ramai yang mempertikaikan permohonan maafnya.

Dakwaan DSV berkenaan Anuar Zain baru-baru ini telah menerima kritikan hebat netizen termasuklah rakan-rakan artis dan kakak kepada penyanyi tersebut, Ziana Zain yang menyifatkan dakwaan usahawan kosmetik tersebut sangat biadap.

Harap lepas ni berhati-hatilah bila nak bergurau. Salah gurau dah jadi lain ye. 

Baca: DSV Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dekat Anuar Zain & Ziana Zain 

Dsv Anuar Zain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.