in

“Saya bayar RM 30 dulu boleh Ustaz” – Ibu Tebalkan Muka Bayar Yuran Anak Masa Daftar Sekolah Undang Sebak

Ustaz2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari segi peranan dia merupakan seorang pendidik, tapi dari aspek kerja dia sebagai seorang guru, salah satu tugasnya adalah untuk mengutip bayaran daripada ibu bapa.


Berjumpa dengan bermacam jenis ragam ibu bapa, guru Musyetaq tak dapat menahan rasa sebak apabila melihat ada seorang ibu dan beberapa penjaga yang kurang mampu membayar yuran anaknya.

 

Saya bayar Rm30 dulu boleh Ustaz. Duit saya tak cukup nak bayar. Boleh kan “

Sebagai rakyat marhaen, sudah semestinya Musyetaq faham dengan keadaannya. Tahun ini, ada 6 orang anaknya masuk sekolah. Malah terikat dengan komitmen lain, bayar roadtax kereta lagi, lagi pula suami sorang je kerja dan gaji cukup-cukup makan.

Saat ibu tersebut menceritakan perihal ini dihadapannya, si ibu secara tidak sengaja menitiskan air mata di hadapannya.

“Ini je saya mampu bayar Ustaz, insyaAllah bulan depan saya cuba bayar habis “

Namun, bagi manjaga perofesionalisme, Musyetaq cuba menahan air mata dan memberikan jawapan yang lemah lembut dan menjelaskan yang dia faham dengan keadaannya.

“Tak apa puan, saya faham. Apa2 boleh bagitahu saya.”

Katanya lagi, bukan ibu ini sahaja yang susah masih ada ramai lagi. Ada sekali tu, seorang datuk yang membawa cucunya untuk mendaftar.

Ustaz

Perkongsian yang meraih lebih daripada 12,700 retweets ini mengundag rasa sebak warganet dan ada yang cuba nak menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, ada juga yang kaitkan dengan isu-isu politik. Bagaimanapun ramai netizen tersentuh dan cuba untuk meringankan beban mereka.

 

Baca : “Semoga dana ni boleh bantu” – Sebak Lihat Cermin Mata Rakan Yang ‘Uzur’ Pemuda Ini Minta Bantuan Netizen

Spec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.