in

“Semoga dana ni boleh bantu” – Sebak Lihat Cermin Mata Rakan Yang ‘Uzur’ Pemuda Ini Minta Bantuan Netizen

Feature Image Cermin Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang semua tahu sekarang ni adalah musim peperiksaan bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Setiap tahun mesti akan ada sahaja cerita  yang menghibakan daripada calon SPM itu sendiri.

Terbaru, satu perkongsian di lama Twitter oleh @ekaldowski mengenai seorang rakannya yang kurang berkemampuan untuk membeli cermin mata yang baru kerana cermin mata yang sedia ada sudah uzur.

This year dia SPM, same goes to me. tapi masalahnya, spec dia macam dah tak function.”

Menurut pemuda tersebut, dia dan temannya akan menduduki SPM pada tahun ini namun cermin mata milik temannya itu kelihatan tidak dalam keadaan baik.

Dia turut berkata, sudah berkawan dengan temannya itu sejak dari kecil namun tidak mempunyai kesempatan untuk berada dalam satu kelas yang sama kerana temannya itu mempunyai masalah mengingat.

Lebih memilukan apbila diceritakan mengenai kisah pemuda ini yang baru sahaja kehilangan keluarganya pada tahun lalu akibat kemalangan dan kini tinggal bersama bapa saudaranya.

“Kalau spec dah kabur and rosak, macam mana la dia nak jawab SPM?”

Kisah pemuda ini telah mendapat perhatian netizen di laman Twitter setelah individu yang memuat naik tweet ini meminta bantuan bagi merealisasikan pemuda untuk untuk mendapat kaca mata yang baru.

 

Derma 1
Sumber: twitter

 

Derma 2
Sumber: twitter

Ramai netizen yang menyumbangkan wang ringgit untuk di dermakan dan jumlah secara keseluruhan yang diperoleh mencecah ribuan ringgit.

Untuk Spek
Sumber: twitter

“Alhamdulillah, semoga amanah gunakan duit tu”

Alspa
Sumber: twitter

Bila baca kisah dia ni memang sedih betul. Semoga terus kuat untuk menghadapi kehidupan sebenar selepas SPM tu nanti.

 

Baca: “Sapa tak terkejut kalau tiba-tiba kena serang” – Instagram Wanita Ini Dipenuhi Komen Calon SPM Sebab…

Melissa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.