in

“Saya bapa & ibu”- Uncle Cina Jaga 3 Beradik Melayu Meskipun Tiada Pertalian Darah Buat Ramai Tersentuh

F3 Uncle Mike Jaga Tiga Beradik Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki kaum Cina yang dikenali sebagai Michael Tong Wai Siong baru-baru ini menjadi sorotan netizen kerana kisahnya yang menjaga tiga orang beradik Melayu yang yatim piatu.


Memetik laporan Harian Metro, Michael, 55 tahun menjaga tiga beradik iaitu Rafei Ahmad Fauzi, Rasyid dan Abdul Rahman sejak lebih 16 tahun lalu.

Lebih mesra dipanggil Uncle Mike oleh ketiga-tiga anak angkatnya itu, Uncle Mike pada mulanya hanya menjaga si abang iaitu Rafei setelah bertemu dengan Rafei yang sebelum itu tinggal di sebuah rumah anak yatim.

6 1 1

Pada ketika itu, Uncle Mike bertemu Rafei yang baru berusia 12 tahun kerana pada masa itu, Uncle Mike aktif dalam aktiviti kelab kereta yang sering membuat kerja-kerja amal di rumah anak yatim terbabit.

Difahamkan, setelah ibu bapa mereka meninggal dunia, Rafei dan dua lagi adiknya tinggal di rumah kebajikan tersebut.

Namun, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut yang dipanggil Umi memaklumkan kepada Uncle Mike bahawa Rafei tidak mahu ke sekolah.

Artikel Berkaitan: “Kalau aku jerit dulu” – Tindakan Ibu Terjun Kolam Selamatkan Anak Raih Pujian Netizen

Artikel Berkaitan: “Ini baru betul meraikan” – Datang Ke Setiap Meja Santuni Anak-anak Yatim, Netizen Puji Tok Ti

Hal itu menyebabkan Uncle Mike mahu membantu Rafei dan dia telah ke sekolah untuk mengetahui tentang masalah Rafei. Di situlah, Uncle Mike baru tahu bahawa Rafei berhadapan dengan masalah pembelajaran.

Sejak dari hari tersebut, Uncle Mike mula mengambil dan menghantar Rafei ke sekolah agar dia lebih rajin ke sekolah dan tak lama kemudian, Uncle Mike memutuskan untuk membawa Rafei tinggal dengannya.

7 3

Namun, setelah Rafei tinggal bersama Uncle Mike, dia perasan bahawa Rafei sebenarnya merindui adik-adiknya menerusi nota luahan yang ditulis oleh Rafei.

Sebak membaca nota luahan kerinduan Rafei terhadap dua orang adiknya yang masih tinggal di rumah anak yati, Uncle Mike kemudiannya turut membawa adik-adik Rafei iaitu Rasyid dan Abdul Rahman tinggal dengannya agar tiga beradik itu boleh bersatu kembali.

Menurut Uncle Mike, keluarga dan rakan-rakannya memberikan sokongan yang baik kepadanya dalam usahanya untuk menjaga tiga orang anak angkatnya itu.

Meskipun berbeza agama, Uncle Mike tidak melupakan pelajaran agama yang perlu dipelajari oleh anak-anak angkatnya itu, jadi seorang ustaz telah datang mengajar anak-anak itu mengaji setiap malam.

Malah ketika bulan Ramadan pula, Uncle Mike akan menyediakan lauk bersahur dan berbuka untuk mereka bertiga.

Menurut Uncle Mike lagi, meskipun dia tidak berkahwin, namun hidupnya tetap bahagia kerana kini turut mempunyai dua orang cucu iaitu anak kepada Rafei.

Kisah kebaikan hati Uncle Mike ini menjaga tiga beradik ini meskipun tiada pertalian darah telah membuat ramai netizen sebak. Siapa potong bawang ni…berair mata min…

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.