in

‘Kalau jemaah ni, sorang kat Sarawak, sorang lagi kat Sabah’ – WOW! Baru Tahu Masjid Ini Berkongsi Negeri!

Gambar Hiasan 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempadan antara negeri adalah satu perkara asas dalam membentuk sesebuah kerajaan pusat dan bagi pembentukan negara. Di Malaysia sendiri, pembahagian sesebuah kawasan ini sebenarnya telah lama wujud dan diperintah oleh pembesar-pembesar ketika itu.


‘Bagai aur dengan tebing,’ pembahagian sempadan negeri ini bukanlah satu alasan untuk tidak  bekerjasama dan bermusuhan. Buktinya? Korang pernah tahu tak tentang sebuah masjid ‘dikongsi’ antara dua buah negeri Sarawak dan Sabah? Eh? seriuslah!

 

Masjid Sahabat Sindumin-Merapok

Mempunyai 2 alamat iaitu Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak, masjid unik ini khabarnya dibina atas cadangan Tun Dr Mahathir ketika itu bagi mengeratkan hubungan sempadan Sabah-Sarawak.

Untuk ke masjid ini  jaraknya kira-kira 15-20 minit dari pekan Sipitang dan mengambil sekitar setengah jam untuk ke Bandar Lawas, Sarawak.

Korang jangan keliru pula, sebab rupa bentuk masjid ini sama dengan masjid Telekom Malaysia di Sepanggar dan Masjid Jamek Kg Layang-Layangan Labuan.

Img 0020

 

Sempadan di dalam ruangan masjid

Menariknya masjid ini, apabila kita berdiri atau duduk di tengah masjid, sebelahnya adalah tanah Sabah, sebelah lagi tanah Sarawak. Jemaahnya terdiri daripada 2 negeri, begitu juga Jawatankuasa dan imam-imamnya. Wow, ini lah definisi muafakat!

Pengurusan masjid ini juga dipercayai terletak di bawah jagaan Pejabat Islam Merapok.

Capture 2 2

Jika dilihat dari pandangan atas, ini lah ‘sempadan’ yang membahagikan Sabah dan Sarawak. Namun oleh kerana sebuah masjid, walaupun kedua negeri ini mempunyai budaya dan slang bahasa yang berlainan, ia dapat disatukan berpandukan satu arah kiblat yang sama. Hebatkan…

1 21 1

Ini pula pandangan di dalam masjid berkenaan. Tanda pembahagi sempadan itu diletakkan dengan tujuan untuk memperjelaskan lagi sempadan antara negeri berkenaan.

 

Sempadan ni kena pasport ke?

Walaupun masjid ini mempunyai 2 alamat antara Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak, namun pelawat bebas bergerak antara sempadan tanpa perlu slip imigresen walaupun pengurusan masjid ini sebenarnya terletak di bawah jagaan Pejabat Islam Merapok, Sarawak.

 

Muafakat membawa berkat

Masjid unik ini sepatutnya boleh dijadikan sebagai contoh perpaduan terutamanya bagi negara Malaysia sendiri yang mempunyai pelbagai kaum. Isu kenegerian tidak seharusnya timbul kerana kita berada dibawah satu rukun negara yang sama dan berpaksikan lambang negara yang sama iaitu Jalur Gemilang.

Moga prinsip persahabatan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung kekal dan terus utuh dalam permufakatan semangat Malaysia

 

Sumber : Sabahan Info, Abu Nuha

 

Baca: Kluster Baharu Di Sabah Berjaya Dikesan Lepas Seorang Wanita Ditemui Tak Sedarkan Diri Di Rumah

A 4 2

Sumber: AbuNuha
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.