in

“Saya akan upah peguam terbaik” – Nur Nilam Ortiz Sedia Tanggung Kos Guaman Puteri Balqis

11B4Ac3C 4948 4E97 A8D8 Da8Ce0D14D64
nur nilam ortiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz tampil menyatakan kesediaannya untuk membantu pelakon remaja, Puteri Balqis atau Aqish, sekiranya berdepan tindakan saman

Malah, menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, usahawan itu juga sanggup termasuk menanggung kos guaman sehingga selesai.


Nilam berkata, beliau menghormati keberanian Aqish yang tampil bersuara mengenai pengalaman peribadinya dalam industri seni dan menyifatkan pelakon itu sebagai seorang anak yang baik.

“Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu upah peguam yang bagus dan menanggung semua kos guaman sampai selesai untuk pastikan dia dan mak dia dibela sebaiknya,” katanya.

Nur Nilam Ortiz
Nur nilam ortiz

Artikel berkaitan: “Tidak mahu keruhkan keadaan” – Diserang Puteri Balqis, Mia Sara Pilih Untuk Berdiam Diri

Artikel berkaitan: “Terpulang nak percaya ke tak” – Mia Sara Nafi Buka Tudung & Berparti

Menurut Nilam, individu yang banyak melalui tekanan dan luka emosi lazimnya memilih untuk bersuara selepas terlalu lama berdiam diri, terutama apabila melibatkan soal maruah dan kebenaran.

“Orang yang banyak luka selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. Bila melibatkan maruah dan kebenaran, perkara itu memang kena dipertahankan,” ujarnya.

Beliau turut berharap Aqish mengetahui cara untuk menghubunginya sekiranya memerlukan bantuan, selain merayu orang ramai agar tidak terus mengganggu pelakon remaja itu.

“Kalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu macam mana hendak cari saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,” katanya lagi.

Terdahulu, Aqish mendakwa dia dan keluarganya berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang susulan kontroversi melibatkan seorang rakan selebriti.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aqish mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang memberi bayangan kemungkinan saman akan diambil terhadap mereka.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.