in

“Saya ada ajak dia…” – Suami Lufya Tidak Hadir Sambutan Hari Jadi Anak Walaupun Dijemput Sebab…

Lana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kecoh mengenai isu cerai membabitkan pelakon, Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang kini masih lagi dalam kes mahkamah.

Masih tidak berkesudahan, Dr Che Muhammad Hafiz pada Isnin lalu enggan menceraikan Lufya meskipun mendakwa pernah menceraikan isterinya melalui Whatapps sebelum ini.


Lufya bagaimanapun tekad untuk meneruskan penceraian meskipun Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari mengarahkan mereka melantik wakil Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka.

Keputusan itu dibuat katanya demi anaknya dan berserah segalanya kepada Allah selepas melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rumahtangganya.

“Kami memang sedang melalui masalah yang serius, tetapi saya dah lakukan yang terbaik dari diri saya.

“Saya beralah bukan bererti kalah, apa yang penting saya lakukan semuanya kerana Allah dan untuk anak saya juga,” ujarnya.

Screen Shot 2019 11 24 At 2.16.07 Pm
Sumber: instagram

Bercakap mengenai anak, Dr Che Muhammad Hafiz dikatakan tidak hadir ke majlis sambuatan anak tunggal mereka, Laana haura yang ke-2 tahun semalam meskipun diundang oleh Lufya, memetik Astro Gempak.

“Saya ada ajak dia (suami), dia ada memberikan respon beritahu dia tak dapat datang, tidak mengapa, mungkin dia sibuk,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura.

Baca: “Saya tak perasan sebab banyak bunyi kamera” – Kena Hentam Sebab Tak Hirau Anak, Ini Jawapan Dari Suami Lufya Sendiri

Screen Shot 2019 11 24 At 2.54.34 Pm

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.