in

Satu-satunya Makmal COVID 19 di Palestin Musnah Akibat Serangan Udara Israel

Makmal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu demi satu kemusnahan berlaku di Palestin dan yang terbaru kali ini melibatkan makmal ujian COVID 19 di Gaza yang mana musnah semalam akibat serangan udara dari Israel.


Menurut Berita Harian, pihak berkuasa tempatan memberitahu, Palestin kini tidak mampu lagi melakukan ujian saringan apabila premis itu musnah akibat serangan udara di lokasi klinik berkenaan. Allahu… kesiannya. 

Bh

Struktur Klinik Al-Rimal yang terletak di Semenanjung Gaza itu separuh musnah, selain Kementerian Kesihatan wilayah itu dan juga Pejabat Bulan Sabit Merah Qatar turut terkena serangan udara berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Yousef Abu Al-Rish, beberapa kakitangan perubatan di kementerian tersebut juga dilaporkan cedera dan ada di antaranya dalam keadaan kritikal.

Serangan tersebut juga dianggap ‘mengancam untuk melemahkan usaha kementerian kesihatan dalam menangani COVID 19’, selain kemusnahan berkenaan menyebabkan ujian saringan di makmal utama dihentikan, menurut jurucakap kementerian, Ashraf Qidra.

 

Kadar positif di Gaza antara tertinggi di dunia 

Mungkin tak ramai yang terfikir tentang kadar jangkitan COVID 19 di Palestin, pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, mereka melakukan saringan ke atas hampir 1,600 orang setiap hari sebelum kejadian serangan balas Hamas dan Israel mencatatkan peningkatan.

Malah kadar kes positif di Palestin juga antara yang tertinggi di dunia iaitu 28 peratus dengan hospital kini dibanjiri pesakit.

Cfcba97E 1704 4E80 Ae5A

Menurut WHO, kawasan yang dengan kepadatan 2 juta penduduk itu setakat ini telah menerima 122,000 dos vaksin dan lebih separuh daripada mereka yang belum divaksinasi.

Setakat ini, 103,000 kes telah disahkan positif COVID 19 di Gaza dengan membabitkan 930 kematian.

Belum selesai ujian COVID 19, datang pula ujian dibom sana sini. Marilah kita doakan yang terbaik buat mereka di sana. 

Baca: “Teruskan perjuanganmu Palestin! Bedil lagi seberapa banyak roket yg kamu ada” – [FOTO] Keadaan Kota ‘Asqalan Selepas Diserang Roket Gaza

Capture 49

Sumber: Al Arabiya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.