in

“Satu dalam sejuta” – Pemuda Tak Malu Ada Kekasih Berisi, Sanggup Terima Jika Boleh Setia

Lelaki Tak Kisah Teman Wanita Berisi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukanlah suatu perkara yang mudah tak kiralah lelaki mahupun perempuan dalam mencari teman hidup yang setia dan boleh hidup susah senang dengan kita.


Oleh sebab itu, dalam menjalinkan hubungan cinta, seseorang bukan saja harus melihat kepada paras rupa pasangannya namun ketulusan hati dalam menerima kita seadanya.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @hazran_man, apabila dia mengakui tidak segan untuk memiliki teman wanita yang mempunyai fizikal agak berisi sambil memuatkan video romantis mereka bersama.

@bujang_terlajak_laris

Malu apa bosku dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati????#hazran_man #tiktokers_empire

♬ Baik Baik Sayang – Wali

Malu apa bosku dapat perempuan gemuk kalau dia boleh setia dan jaga kau sampai mati,” tulisnya.

Hazran yang juga seorang duda dilihat tidak kekok melayan teman wanitanya, Nor Sabrina di tempat awam meskipun terdapat orang yang memandang serong akan perhubungan mereka.

@bujang_terlajak_laris

Perempuan Gemuk Nie Sebenarnya Pandai MemBahagiakan Lelaki Kurus,?Tu Sebab Ramai lelaki tertarik tak gitu.?#hazran_man #tiktokers_empire

♬ original sound – MSH Edits?❤️ – Yewgadget Media

 

“Untungnya sis dapat orang macam ni”

Rata-rata netizen yang melihat kebahagiaan pasangan ini merasa gembira malah ramai juga ‘cemburu’ kerana belum bertemu dengan kekasih hati yang mampu menerima mereka seadanya.

Walau bagaimanapun, ramai juga berharap video tersebut bukan sekadar content semata-mata dan semoga pasangan ini bakal ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Lelaki Terima Kekasih Gemuk Komen

Bestnya kan dapat lelaki yang menghargai wanita kerana hatinya dan bukan paras rupa. 

Baca: “Kena tipu hidup-hidup” – Dah 3 Tahun Bercinta, Kekasih Lelaki Ini Sebenarnya ‘Makcik’ Wanita Itu

Tipu Kes Vcinta

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.