in

“Kena tipu hidup-hidup”- Dah 3 Tahun Bercinta, Kekasih Lelaki Ini Sebenarnya ‘Makcik’ Wanita Itu

F3 Scamm A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni senang betul nak cari pasangan kan sebab kita boleh berkenalan dengan orang baru melalui internet dan media sosial. Bak kata orang, kalau dah jodoh memang tak kemana.


Namun, lelaki ini pula telah menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang menyamar menjadi kekasihnya. Menurut Mothership.SG, lelaki yang dikenali sebagai Lu (bukan nama sebenar) baru je tahu yang wanita yang tinggal bersamanya selama tiga tahun bukanlah makcik teman wanitanya, sebaliknya perempuan itu ialah kekasihnya!

Scamm 2

Kisah bermula apabila Lu berkenalan dengan teman wanitanya itu menerusi platform yang menjual barangan terpakai sekitar tahun 2017. Wanita yang dikenali sebagai Yang (juga bukan nama sebenar) itu pada mulanya mintak tolong Lu untuk ajarnya cara membezakan barangan tiruan dengan yang tulen.

Bermula dari situ, mereka sering menghubungi antara satu sama lain dan akhirnya mereka bercinta, lapor portal The Paper.

Cinta terhalang 

Namun, kisah cinta mereka terhalang sebab tak lama kemudian, Yang memberitahu Lu bahawa dia nak lari dari rumah sebab keluarganya mahu menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka.

Disebabkan Lu ni takut cinta mereka terputus di tengah jalan, dia ke bandar Fuyang di wilayah Anhui, China di mana Yang berada untuk membantunya. Tapi, yang peliknya, Lu tak berjaya jumpa Yang walaupun dia berada di situ selama sebulan.

Walau bagaimanapun, lelaki tu berjaya jumpa dengan makcik Yang. Makcik wanita tu menceritakan kepada Lu bahawa keluarganya tak jadi nak jodohkan Yang dengan lelaki lain.

Jadi, Lu balik semula ke rumahnya dan teruskan kehidupan seperti biasa sebab kekasihnya dah tak lagi dipaksa untuk kahwin dengan lelaki lain. Tahun seterusnya pula, Lu ke Fuyang sekali lagi untuk bertemu dengan wanita pujaannya itu namun sama macam tahun lepas, dia tak berjaya.

Makcik teman wanitanya datang berjumpa dengannya

Walaupun dah ada banyak red flags, Lu tak syak apa-apa yang pelik sebab Yang ada hubunginya dan cakap yang keluarganya tak bagi dia keluar dari rumah. Namun, untuk memastikan Lu merupakan orang yang tepat untuk hidup bersama dengan Yang, ‘makcik’ Yang ditugaskan untuk ke Hangzhou, China (di mana Lu tinggal) untuk kenal-kenal dengan Lu.

Dikenali sebagai Xu, ‘Makcik Yang’ tu pun datang dan tinggal dengan Lu. Bukan itu je, Xu yang berumur 46 tahun itu turut membantu Lu di kedai barangan terpakainya.

Lelaki ini juga selalu hantar duit kepada Yang selama beberapa tahun mereka bercinta sebab dia menyangka duit tu akan disimpan untuk kegunaan perkahwinan mereka nanti.

Rahsia mula terbongkar 

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua sebab rahsia mula terbongkar pada Ogos tahun ini apabila Lu ternampak mesej Yang di telefon makcik tu.

Pada ketika itu, dia masih belum pasti adakah mereka berdua wanita yang sama, jadi Lu letak kamera di rumahnya untuk siasat perkara tu. Lu akhirnya ambil keputusan untuk membuat laporan polis pada pertengahan bulan Ogos.

Scamm 3

Setelah wanita itu disoal siat oleh pihak polis, wanita itu mengaku yang dia telah mereka cerita tentang karakter Yang. Namun, Lu bukanlah satu-satunya yang menjadi mangsa penipuan ini sebab wanita ni sebenarnya dah reka banyak lagi karakter lain yang digunakan untuk menipu lelaki-lelaki lain.

Namun, kes ini masih lagi dalam siasatan polis. Kesian betul kan dekat mereka yang jadi mangsa kes ni. 

Sumber: Mothership.SG, The Paper

Baca: “Dasar penipu”- Lelaki Ini Curi Cincin ‘Girlfriend’ Pertama Untuk Lamar Kekasih Kedua

Scamm 1

Sumber: The Paper
Sumber: The Paper

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.