in

“Sarang tebuan jangan dijolok” – Kes Saman Balu Abam Bocey Sudah Bermula, Ali Puteh Sedia Pertahan Maruah Keluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah lama kes ini berlaku, kemelut yang melanda pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kini telah memasuki fasa baru apabila kes saman mereka mula didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Menurut mStar, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam Bocey berkata, kes ini sudahpun didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu. 

Kata Ali, kes ini sepatutnya didengar pada September tahun lalu tapi terpaksa ditunda beberapa kali kerana perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah kes saman melibatkan tiga pihak sudah mula didengar pada 16 dan 17 Februari lalu melalui online

“Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes ini masih berjalan dan Insya-Allah pada 17,18,19 dan 29 Mac depan akan ada perbicaraan selanjutnya,” kata Ali.

 

 

“Lepas ni anda akan tersipu-sipu malu memikirkan makian2 anda pada saya…” 

Sementara itu menerusi Instagramnya pula, Ali meluahkan rasa lega akhirnya proses undang-undang ini dapat dimulakan dengan segera.

Dia juga seakan-akan memberi hint kepada netizen di luar sana yang pernah menghinanya bahawa pandangan buruk mereka terhadapnya nanti pasti akan berubah tak lama lagi.

Mengulas lanjut status di atas, Ali berkata tulisan itu adalah untuk menjelaskan kepada netizen yang sebelum ini pernah menuduhnya penakut dan sengaja tidak hadir ke mahkamah ketika tuntutan faraid pada 10 September 2020.

Status yang saya muat naik itu ditujukan kepada netizen yang pernah maki dan tuduh saya penakut nak hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan faraid. 

“Jadi di sini nak jelaskan saya tidak hadir pada waktu itu sebab ia bukan kes atas nama saya. Bahagian faraid itu tak ada kena mengena dengan saya, jadi kenapa saya perlu hadir. 

“Yang buat saya marah… netizen yang tak tahu perkara sebenar, mereka maki dan tuduh saya macam-macam. Untuk kes saman melibatkan saya, sudah tentulah saya akan hadir,” jelasnya.

Untuk rekod, pada 27 Ogos 2020 Ali Puteh telah mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Keputusan menyaman itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan terkumpul mencecah RM900,000.

Harap kes ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Tak elok juga berpanjangan. 

Baca: “Maafkan jela mereka-mereka yang hina kita” – 9 Bulan Selepas Pemergian, Ali Puteh Cerita Abam Bocey Muncul Dalam Mimpi

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.