in

“Sanggup bayar 6, 7 ribu untuk anak saya hidup” – Temubual Bersama Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Buat Netizen Sebak

Page1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun telah empat tahun berlalu, kes arwah Zulfarhan yang meninggal dunia akibat dibuli di sebuah institusi pengajian awam masih lagi menjadi ingatan rakyat Malaysia. Isu ini akan sentiasa meninggalkan kesan pada kita, juga menjadi sejarah hitam buat Malaysia.

Baru-baru ini, ibu bapa kepada arwah Zulfarhan telah membuat penampilan dalam sebuah program bual bicara di stesyen Al-Hijrah berjudul Dengar.


Dalam sesi wawancara bertemakan ‘Berdamai Dengan Takdir’ itu, pasangan tersebut tampil untuk berkongsikan kisah peribadi mereka dan pandangan mereka berkenaan penganiayaan terhadap arwah.

Sesi tersebut tular di Twitter baru-baru ini dan menarik perhatian ramai pihak yang menonton. Ini kerana setiap kata yang dinyatakan oleh pasangan tersebut membuat ramai orang turut sebak mendengarnya.

Melalui bual bicara itu, Izuan Azir selaku hos bertanyakan pendapat mereka apabila dikatakan pembuli-pembuli itu sebenarnya kawan dan kononnya mereka ‘sayang’ pada arwah.

7 2

Dijawab oleh Puan Hawa selaku ibu arwah, mereka tidak akan membuat perkara demikian jika benar mereka digelar kawan baik. Wanita itu turut menyambung yang mereka sepatutnya menghubungi mereka terlebih dahulu jika betul laptop itu dicuri.

Saya akan pastikan kalau laptop dia 6-7 ribu pun, saya sanggup bayar demi anak saya akan hidup sampai sekarang”

Puan Hawa turut menceritakan momen peribadi mereka, di mana mereka akan tidur beramai-ramai bersama adik beradik yang lain. Arwah Zulfarhan juga dikatakan orang pertama yang akan memberi ucapan di setiap hari lahir mereka sekeluarga.

Dia sendiri gantung dia punya medal-medal, dan dia akan kata mak kalau rindukan along, mak tengok medal yang along gantung. Kadang-kadang saya perasan dia panggil, ‘Mak’ dan medal tu pun macam berbunyi.”

Lebih memilukan, ayah kepada arwah Zulfarhan iaitu Encik Zulkarnain turut dikatakan tidak lagi menyentuh lagi hidangan ikan bawal yang dimasak kerana terlalu rindukan anaknya.

Menurut Puan Hawa, ikan bawal masak kerutuk merupakan hidangan kegemaran arwah Zulfarhan, di mana hidangan tersebut akan dimasak setiap kali anaknya itu pulang. Dia juga akan membekalkan lauk yang sama apabila Zulfarhan pulang ke tempat belajarnya.

Melihat perkongsian yang menyayat hati itu, rata-rata netizen di laman Twitter turut sama sebak. Ada juga yang memuji topik perbincangan tersebut yang dikatakan luar dari keselesaan.

6 1 5 3 4 3 3 2

Episod penuh kepada program tersebut boleh ditonton melalui laman Facebook TV Al-Hijrah.

Sumber: Twitter dan Facebook Al-Hijrah

Baca: 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Zulfarhan, Hakim Dedah Mangsa Boleh Diselamatkan Jika…

8 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.