in

“Sampai jual rumah??” – Lelaki Sanggup Bergolok Gadai Demi Beli Cincin Untuk Tunang, Tapi Nak Tergelak Bila Tengok Rupanya Macam…

Cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Barang perhiasan dan wanita adalah perkara yang tak boleh dipisahkan! Tambah-tambah lagi kalau sedang mencari cincin kahwin atau pertunangan. Kaum wanita lah paling excited!


Apa-apapun kalau korang nak suruh bakal suami tu beli cincin, berpada-padalah ye. Janganlah mahal sangat sampai Encik Tunang kena bergolok gadai demi nak beli sebentuk cincin. Lagi sakit hati, harga cincin je mahal… rupanya tak semenggah mana pun! 

 

Tunang sanggup JUAL RUMAH demi beli cincin batu ungu idaman gadis

Menurut Daily Mail, seorang bakal pengantin dari US baru-baru ni beritahu yang tunangnya sanggup jual rumah mereka demi membeli ‘cincin idaman’ yang menjadi impiannya selama ini.

Bersama postingnya di media sosial, wanita yang tidak dikenali ni telah memuat naik gambar cincin batu purple tersebut yang berbentuk bunga kelopak lima.

16355520 7273457 Image A 86 1563814922272
sumber: daily mail

Err wow… cincin kalah Habib Jewels ke macam mana ni? Mahal sungguh sampai kena jual rumah!

 

“Cincin ni REAL dan custom made” 

Tambah wanita itu lagi, cincin yang dibeli tunangnya ni REAL hokayyy dan custom made. Maknanya ada satu je design cincin macam ni kat dunia kecualilah ada yang tiru cincin design ni.

“Saya suka cincin ni dan jujur saya cakap cincin ni REAL dan telah ditempah khas! 

“Kami jual rumah kami untuk dapat cincin yang sempurna. Ia mempunyai batu permata ungu, tengoklah sendiri,” tulisnya.

16355504 7273457 Image A 91 1563815312557
sumber: daily mail

 

“Kenapalah jual rumah untuk cincin? Cincin tu rupa macam kostum pakaian fairy”

Korang-korang yang dah tengok rupa cincin tu kat atas gerenti macam tak boleh brain kan, macam rupa cincin mainan tu boleh sama harga dengan sebijik rumah.

Nak kata lawa, memang tak lah. Bukan admin je yang cakap tau, netizen kat US pun kutuk sama. Hadoilah membazir. Boleh botak kepala tunang tu! 

16355518 7273457 Image A 79 1563814503687

16355502 7273457 Image A 92 1563815387185

16356558 7273457 Image M 85 1563814895411
sumber: daily mail

Bertabahlah ye Encik Tunang sekalian kalau gadis kesayangan korang mintak cincin macam ni.

Baca: “Ni stail orang putih, bukan Melayu” – Netizen Tegur Aiman & Zahirah ‘Langgar Adat’ Semasa Majlis Pertunangan

Zhirh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.