in

“Sampah!” – Budak Sekolah Buat Hal, Baru Habis PT3 Tapi Dah Pandai Bawa Motor Tanpa Lesen & Hisap Rokok

Budak Rempit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah sosial di kalangan remaja yang masih di bangku sekolah sangat membimbangkan. Hampir setiap hari, kita boleh dengar berita tentang pelajar sekolah terlibat dalam kes dadah lah, mengandung anak luar nikah dan jenayah juvenil yang lain.

Lebih mengejutkan, pelajar ni mula terlibat dalam aktiviti tak senonoh pada usia semuda 15 tahun lagi. Uish baru habis PT3!


 

“Baru habis PT3 dah macam ni. Memalukan betul” 

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, viral sebuah video yang menunjukkan sekumpulan remaja menaiki motosikal dan menghisap rokok sebaik saja mereka selesai mengambil peperiksaan PT3. 

https://twitter.com/shazyannn/status/1182285859040575488

Korang pun mungkin dah boleh agak, mereka ini baru saja berusia 15 tahun… jadi macam mana boleh ada lesen nak bawa motosikal kan? Haih… 

 

“Baru habis PT3 dik oiii. Baru 15 tahun. Macam mana la parents bagi bawak motor pergi sekolah” 

Rata-rata netizen yang melihat video ini telah mengecam tindakan pelajar-pelajar tersebut dan tak faham bagaimana ibu bapa pelajar ini membenarkan anak mereka menaiki motosikal tanpa lesen dan memakai helmet. Kan bahaya tuuu! 

Teruk
sumber: twitter

 

“Aku rasa benda ni normal…” 

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen juga berpendapat yang perkara ni adalah perkara normal yang biasanya dilakukan remaja seusia begitu. Korang rasa? 

Fun
sumber: twitter

Bagi admin, tak salah kalau nak bergembira dengan kawan-kawan lepas habis exam. Tapi kalau nak bergembira pun agak-agaklah kan. Jangan buat benda yang menyalahi undang-undang dan membahayakan diri. 

Baca: “Padan muka, suka betul aku tengok” – Geng Rempit Kena Rembat Dengan Makcik & Pakcik Sebab Memekak Di Tepi Pantai

Reempittt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.