in

“Sambung masak jelah datuk” – GV8: Fazley Yaakob Dikritik Sumbang, Netizen Lebih Suka Dia Jadi Chef

Fazley Yaakob Suara Sumbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rancangan realiti TV yang menjadi kegemaran ramai, Gegar Vaganza 8 telah membuka tirainya semalam dengan menyaksikan 13 peserta berentap di minggu pertama dengan membawakan lagu masing-masing.


Antara persembahan yang mendapat perhatian semalam ialah cef selebriti yang juga penyanyi yang dikenali ramai pada zaman 2000-an iaitu Datuk Fazley Yaakob yang menyanyikan lagu Asmara Ini.

Walau bagaimanapun, menerusi markah yang berikan juri, Fazley berada di tangga yang tercorot namun mujurlah tiada penyingkiran pada minggu ini.

 

“Mungkin sebab faktor usia dia, lagi satu dah lama sangat tak bernyanyi” 

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, rata-rata netizen meninggalkan komen kritikan pada nyanyian Fazley yang dianggap agak sumbang dan kurang menyengat.

Malah ada juga yang mengatakan nyanyian Fazley kedengaran agak ‘shaky’ mungkin disebabkan gementar dan sudah lama tidak menyanyi.

@hypenminn

Ghisauuuu ? #gegarvaganza #fypage #gegarvaganza8 #fazleyyaakob

♬ original sound – Min ? – Min ?

Bakal Blah Awal

 

“Teruskan memasak jelah dato” 

Meskipun ada yang memberi support dan menjangkakan Fazley bakal menyerlah pada minggu hadapan, ramai juga berpendapat mereka lebih suka Fazley menjadi cef daripada penyanyi.

Fazley Masak

Persembahan peserta Gegar Vaganza bagi musim ini diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Harapnya penyanyi semua lebih bersedia untuk persembahan minggu depan ya. All the best! 

Baca: “Tak boleh agak siapa akan jadi juara” – Ramai Teruja Untuk Lihat 13 Bintang Tunjuk Taring Di Pentas GV

Dibah Aliff

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.