in

Sam Bunkface Nafi Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih Kepada Bekas Isteri

Sam Bunkface

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Culas memberi nafkah dan tidak mahu berjumpa dengan anak? Sam Bunkface berkata semua itu adalah fitnah semata-mata. Menurutnya lagi, dia tidak pernah mengabaikan nafkah anaknya. Malah, dia siap beri lebih lagi!


Usai kenyataan yang diberikan bekas isteri Sam, Aida Azira Hussin, Sam telah memuat naik video di laman sosialnya untuk membidas kenyataan bekas isterinya itu.

Penjelasan itu dilakukan setelah Sam berasa tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya kepada media selepas tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

Menurut Sam lagi, dia tidak pernah culas memberi nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.

“Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Bekas isteri minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu… logik tak saya minta pindaan ini?

“Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya mash laksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Dalam kenyataan itu, Aida meminta Sam membuktikan sekiranya tidak mempunyai pendapatan secukupnya serta kurang tawaran persembahan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sam berkata, Aida sedia maklum tentang pendapatannya selepas dia berkongsi semua bukti di mahkamah berhubung alasan permohonannya itu.

Sudah 3 bulan tidak dapat berjumpa anak

Sam Bunkface

Selain itu, Sam juga turut membidas kenyataan yang mendakwa dia sudah lebih enam bulan tidak berjumpa anak serta tidak berhubung dengan cahaya mata mereka.

Sam juga mendakwa Aida dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan ketika ini kanak-kanak itu bawah jagaan neneknya di Melaka.

“Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.

“Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya,” kata Sam.

Sam menjelaskan panjang lebar tentang semua kenyataan yang diberikan Aida termasuk terpaksa menyekat nombor telefon wanita itu selepas menerima pelbagai ugutan yang tidak munasabah.

Moga Sam terus cekal dengan dugaan yang ditempuhi. Nampaknya, kebanyakan warganet turut menyebelahi Sam dalam hal kali ini.

Sumber: Awani

Baca: Dorang pergi solat sebelum jamming, Menyampah &Kutuk di Twitter, Sekali Netizen Spill Pasal Perangai Bunkface

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.