in

Salute! Walaupun Ditimpa Gempa Bumi, Mereka Tetap Berhemah

Fi Japan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Salute! Walaupun Ditimpa Gempa Bumi, Mereka Tetap Berhemah
Loading
/

Nampaknya tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suruh rakyat Malaysia ‘pandang ke Timur’ bukan saja-saja. Lihatlah apa yang orang Jepun buat kali ni!


Pada 6 September lalu, gempa bumi telah menimpa Hokkaido, Jepun dengan 6.7 magnitud dan meragut 9 nyawa serta 300 mangsa cedera. Sehingga kini, pihak berkuasa Jepun sedang mencari 29 mangsa lagi yang dikatakan hilang.

Japan Earthquake 1027502498
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, gempa bumi yang kuat tu dah sebabkan gangguan air kat merata tempat dan kebanyakan barang kat pasaraya pun dah sold out. Bukan dicuri atau kena rampas macam kita tengok kat movie Hollywood tu.

So ada satu kedai ni yang terletak kat Sapporo (tak jauh dari daerah Hokkaido) offer semua barang makanan dan minuman dengan harga diskaun 100 yen (lebih kurang RM3.70) dekat mangsa gempa yang terbabit. Tak macam negara lain yang up kan harga barang bila jadi bencana alam! 

Selalunya kalau ada sale kat tempat yang kena bencana alam kat negara lain, memang dah berterabur dah orang berebut beli barang. Tapi surprisingly kat Jepun, mangsa-mangsa masih boleh relax dan beratur untuk beli barang yang dorang perlukan. Fuh saluteee! 

Screen Shot 2018 09 07 At 11.21.44 Am
sumber: wob

Sorang warga Taiwan yang tinggal kat Jepun teruja sangat tengok situasi ni dan dia ambik video serta kongsikannya kat Facebook. Dalam dua buah video tu, situasi kat kedai berkenaan memang nampak tenang dan mangsa kesemuanya beratur sampai beratus meter panjang dari kedai hingga ke jalan raya.

Lagi best, walaupun ramai yang beratur nak beli barang tapi tak ada sorang pun pulang dengan tangan kosong sebab dorang tak membazir beli barang banyak-banyak. Waa jauh beza dengan orang sini ye!

Video ni kemudian viral kat media sosial dengan ramai di kalangan netizen puji sikap disiplin dan berhemah orang Jepun. Budak-budak pun dah pandai beratur tau! 

Nah ini videonya:

Contohilah sikap mulia orang Jepun ni. Semoga mereka yang berada di sana baik-baik aje. Take care! 

Baca: Rakyat Malaysia Berusia 13 Tahun Dipuji Ramai Kerana Bantu Lelaki Berkerusi Roda di Phuket Airport

Phu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.