Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan usaha Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza menerusi pintu sempadan Rafah bermula April ini.
Menerusi perkongsiannya, beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, bagi memohon kerjasama memudahcara penghantaran bantuan tersebut.
Menurut Anwar, sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bakal disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan susulan komitmen jelas yang diberikan oleh pihak Mesir.
Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel berkaitan: “Jangan boros, banyakkan menabung” – Anwar Seru Rakyat Berjimat, Bersedia Hadapi Kemungkinan Krisis Ekonomi
Artikel berkaitan: Anwar Gesa Gencatan Senjata Segera, Seru Henti Tindakan Provokatif di Asia Barat
Dalam pada itu, Anwar menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada sebarang halangan, termasuk daripada rejim Zionis Israel yang cuba menghalang usaha kemanusiaan tersebut.
Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.
“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk terus mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan bantuan dapat disampaikan dengan selamat kepada penduduk Gaza.
“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,” katanya.
Sumber: FB Anwar Ibrahim
